Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ciri Keselamatan Kereta Moden Masih Sukar Kesan Penunggang Motosikal – Kajian

Ciri Keselamatan Kereta Moden Masih Sukar Kesan Penunggang Motosikal – Kajian

Diterbitkan April 29, 2024 ยท Dikemas kini April 29, 2024 oleh ariff bukhari

Kereta moden sekarang kebanyakkannya telah tersedia dengan ciri kamera keselamatan yang berfungsi bagi mengesan kenderaan sekeliling sekali gus mengelakkannya daripada berlanggar dengan kenderaan lain.

Bukan sahaja dilengkapi ciri sistem kamera, malah ada kenderaan moden kini yang dilengkapi penderia radar untuk memberikannya ‘pandangan’ 360 darjah jalan di hadapan, belakang, kiri dan kanan.

Tidak cukup dengan itu, teknologi kecerdasan buatan (AI) juga mula digunakan untuk membolehkan kereta itu mentafsir semua objek di sekelilingnya dan dengan cara ‘melihat’ apa yang ada di sekelilingnya di jalan raya.

Namun begitu, teknologi keselamatan kereta moden yang serba canggih itu yang sepatutnya membantu mencegah kemalangan masih tidak dapat mengecam seseorang yang menunggang motosikal dengan tepat dan berkesan.

Menurut laporan dari kajian bertajuk ‘Pencegahan Kecederaan Lalu Lintas’ berkaitan cara radar keselamatan kenderaan berfungsi mendapati, sistem itu berfungsi baik untuk mengesan kereta di jalan raya, walau bagaimanapun, mengenal pasti motosikal pula didapati lebih rumit.

Ciri Keselamatan Kereta Moden Masih Sukar Kesan Penunggang Motosikal – Kajian

Kajian itu mendapati, walaupun sistem perlindungan kemalangan seperti brek kecemasan automatik (AEB) dan amaran perlanggaran hadapan (FCW) mempunyai impak positif, tetapi faedahnya adalah lebih kurang terhadap penunggang motosikal berbanding kenderaan beroda empat.

Kajian itu menambah, jika semua kenderaan penumpang dilengkapi dengan ciri FCW dan AEB, lebih 5,500 kemalangan dengan trak sederhana/berat dan 500 dengan motosikal berpotensi dapat dielakkan setiap tahun di Amerika Syarikat.

Ciri Keselamatan Kereta Moden Masih Sukar Kesan Penunggang Motosikal – Kajian

Sehubungan itu penyelidik mencadangkan supaya ujian pencegahan kemalangan hadapan (FCW) untuk memasukkan motosikal dan trak bagi menggalakkan pengeluar kereta meningkatkan prestasi dalam senario kemalangan.

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: IIHS, Visor Down, Research Gate, Euro NCAP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY