Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ev tengku zafrul

Jualan EV Di Malaysia Meningkat Untuk Separuh Pertama 2024

Diterbitkan Oktober 17, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 17, 2024 oleh Rushsyafizal

Jualan kenderaan elektrik berkuasa bateri (EV) di Malaysia melonjak 112 peratus pada separuh pertama 2024, dengan sebanyak 6,617 unit terjual berbanding 3,117 unit dalam tempoh sama pada 2023. Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam majlis pelancaran SUV elektrik Leapmotor C10 oleh Stellantis

WhatsApp Image 2024-10-16 at 4.30.58 PM (2)

Beliau turut menyatakan bahawa negara kini berada di landasan yang baik untuk mencapai sasaran 20 peratus jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) terdiri daripada kenderaan elektrik (EV) menjelang 2023. Selain itu, kerajaan terus memperluaskan infrastruktur pengecasan dengan lebih 3,171 stesen pengecas, termasuk 813 pengecas pantas DC, yang telah dipasang di seluruh negara setakat 30 September 2024. Sasaran kerajaan adalah untuk mencapai 10,000 stesen pengecas menjelang akhir 2025.

Industri automotif kekal sebagai tonggak penting ekonomi Malaysia, menyumbang empat hingga lima peratus kepada KDNK setiap tahun dan menyokong lebih 700,000 pekerjaan. Pada tahun 2023, sektor automotif mencatatkan nilai import sebanyak RM62.14 bilion, dengan majoritinya terdiri daripada alat ganti dan komponen automotif. Namun, jurang antara import dan eksport dalam sektor ini masih menyebabkan defisit perdagangan.

WhatsApp Image 2024-10-16 at 4.30.58 PM (1)
WhatsApp Image 2024-10-16 at 4.30.56 PM
leapmotor C10
WhatsApp Image 2024-10-16 at 4.30.59 PM

Dalam perkembangan lain, Malaysia telah dipilih sebagai pasaran pertama di Asia Tenggara untuk pelancaran SUV elektrik Leapmotor C10 oleh Stellantis, pengeluar kenderaan keempat terbesar dunia. Pelancaran ini memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab bagi kenderaan tenaga baharu di rantau ini.

Stellantis menawarkan SUV elektrik Leapmotor C10 pada harga pengenalan RM149,000 hingga 30 November 2024, dengan harga selepas itu ditetapkan pada RM159,000. Model ini hadir dalam empat warna luaran, termasuk hijau dan putih, serta dua pilihan dalaman eksklusif.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Lenovo Lancar ThinkSystem N1380 Neptune, Penyejukan Cecair Untuk Pusat Data
  • Leapmotor C10 Rasmi Di Malaysia, SUV EV Dengan Jarak Pemanduan 424km
  • Amazon Perkenal Kindle Pertama Dengan Paparan Berwarna
  • Sonos Perkenalkan Arc Ultra Dan Sub 4, Bar Audio Premium Berharga RM5,899 Dan RM4,799

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY