Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Dijangka Perkenal Cip U2 Pada iPhone 15

Apple Dijangka Perkenal Cip U2 Pada iPhone 15

Diterbitkan Jun 19, 2023 ยท Dikemas kini Jun 19, 2023 oleh Amalina Athman

Apple telah mengumumkan set kepala Vision Pro, dengan jualan akan tersedia di Amerika Syarikat seawal 2024. Terbaharu, penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo melaporkan Apple merancang untuk mengintegrasikan iPhone dengan ekosistem Vision Pro, bermula iPhone 15 yang akan dilancar tahun ini.

Berkaitan

  • Kamera iPhone 15 Pro Max Dilapor Sama Seperti iPhone 14 Pro Max
  • Apple Vision Pro - Cip M2, Paparan 23 Juta Piksel Dengan Harga ~RM16,000

Menerusi Twitter, Kuo mengatakan Apple akan menaik taraf spesifikasi perkakasan iPhone, terutamanya berkaitan perkakasan Wi-Fi dan Ultra Wideband (UWB).

iPhone 15 dijangka akan dimuatkan cip UWB versi baharu, yang mungkin dikenali sebagai cip U2, dengan proses pengeluaran daripada 16nm kepada 7nm.

https://twitter.com/i/web/status/1670619672096686080

Terdahulu, cip U1 pertama kali diperkenal pada iPhone 11. Ia turut dimuatkan pada peranti penjejakan Apple AirTag, Apple Watch Series 6 dan terbaharu, HomePod mini serta bekas pengecas AirPods Pro generasi terkini.

Apple menggunakan cip U1 untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk ciri Find My, Handoff, AirDrop, Precision Finding dan lain-lain. Dengan naik taraf cip UWB, Kuo berkata ia akan meningkatkan prestasi kepada ciri sedia ada serta lebih cekap tenaga.

Dalam pada itu, Kuo turut menjangkakan iPhone 16 berkemungkinan hadir dengan sokongan Wi-Fi 7, bagi membolehkan integrasi yang lebih baik untuk ekosistem perkakasan produk Apple.

Sumber: Ming-Chi Kuo via 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY