Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cip T2 Berpotensi Proses Pembaikan Peranti Apple Menjadi Mustahil Untuk Pihak Ketiga

Cip T2 Berpotensi Proses Pembaikan Peranti Apple Menjadi Mustahil Untuk Pihak Ketiga

Diterbitkan November 13, 2018 oleh Wiser MY

Apple telah memperkenalkan beberapa peranti mereka untuk tahun ini termasuklah iMac Pro dan juga MacBook Air. Mereka juga telah memasukkan cip keselamatan T2 yang bertanggungjawab menyimpan segala maklumat sensitif seperti kata laluan ke dalam peranti tersebut.

Cip T2 Berpotensi Proses Pembaikan Peranti Apple Menjadi Mustahil Untuk Pihak Ketiga

Mengikut laporan yang dilakukan oleh The Verge, Apple telah mengesahkan yang sebarang pembaikan yang dilakukan terhadap peranti Apple yang dilengkapi dengan cip T2 perlu melalui pengesahan dari pihak Apple untuk membolehkan peranti tersebut boleh berfungsi.

Proses yang dilakukan perlulah menggunakan sistem yang dipanggil ‘Apple Service Toolkit 2 (AST 2) System Configuration Suite’ itu akan melibatkan sebarang penggantian komponen seperti papan logik, skrin paparan dan juga sistem Touch ID. iFixt bagaimanapun telah mengambil MacBook Pro 2018 dan menggantikan skrin paparan peranti tersebut dan tiada masalah yang dihadapi mereka. Mereka beranggapan yang Apple masih belum menekan ‘suis’ bagi membuatkanĀ  proses tersebut dikuatkuasakan.

Jika ‘suis’ sudah ditekan, ini bermakna hanya pihak Apple dan wakil servis mereka sahaja yang mampu melakukan sebarang pembaikan besar terhadap peranti yang dilengkapi dengan cip T2. Apple mempunyai sebab yang kukuh terhadap proses ini kerana mereka mahu membuang sebarang kemungkinan data keselamatan peribadi pengguna mereka dari dicuri secara tidak sedar oleh pihak ke-3.

Untuk pengguna di Amerika Syarikat pula, langkah oleh Apple ini secara jelas bertentangan dengan usul undang-undang, ‘Right to repair’ yang sedang diperdebatkan di sana.

Sumber: The Verge, iFixit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY