Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cip Pemprosesan Microsoft SQ1 Eksklusif Hanya Untuk Surface Pro X

Cip Pemprosesan Microsoft SQ1 Eksklusif Hanya Untuk Surface Pro X

Diterbitkan Oktober 6, 2019 oleh ariff bukhari

Microsoft SQ1 adalah berasaskan cip Qualcomm Snapdragon 8cx.

Microsoft telah mengumumkan barisan produk terbaru mereka minggu lalu dengan produk-produk menarik dan juga ada yang mengejutkan. Salah satu yang mengejutkan adalah kemunculan ci pemprosesan yang dikenali sebagai Microsoft SQ1 yang digunakan pada Surface Pro X.

Microsoft SQ1 adalah cip pertama Microsoft yang dibangun berasaskan ARM menerusi kerjasama antara Microsoft dan pihak Qualcomm.

Cip Pemprosesan Microsoft SQ1 Eksklusif Hanya Untuk Surface Pro X
Microsoft Surface Pro X mampu beroperasi sehingga 13 jam selepas dicas penuh.

 

Dalam temu bual bersama The Verge, Microsoft memperincikan lagi pembangunan cip pemprosesan terbaru tersebut. Microsoft menyatakan,  Microsoft SQ1 adalah berasaskan Qualcomm Snapdragon 8cx. Cuma kuasa pemprosesan utama (CPU) dan kuasa grafiknya (GPU, 2.1 teraflop) dikustomasi bagi dipertingkatkan prestasinya serta rendah penggunaan kuasa bateri.

“Microsoft SQ1 brings the best CPU performance for Windows on Snapdragon devices. It’s an octa-core processor, and it has the first and fastest ever Kryo CPU at 3GHz. These Kryo cores are also for Windows to balance the cores between high performance cores and energy efficient cores, and of course these energy efficient cores are great for background tasks which in turn contributes to fundamentally redesigning the platform for great battery life.” Pavan Davuluri, jurutera Microsoft Surface.

Microsoft juga memaklumkan, kustomasi kuasa CPU dan GPU pada cip SQ1 mereka adalah eksklusif untuk Surface Pro X.

“We’re working on enabling a lot of these capabilities for the industry, but the work specific on SQ1 is for the Surface Pro X.” Miguel Nunes, Ketua Produk Komputer Mudah Alih Qualcomm.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY