Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Perkenalkan Cip Pemposesan Intel Core Generasi ke 10, Ice Lake

Cip Intel Akan Datang Didakwa Akan Mampu Menghalang Serangan Perisian Hasad

Diterbitkan Jun 16, 2020 oleh ariff bukhari

Dengan adanya ciri yang dikenali sebagai ‘Intel Control-Flow Enforcement Technology’ (CET).

Intel memaklumkan bahawa mereka kini sedang membangunkan ciri terbaru bagi cip pemprosesan komputer generasi baru yang didakwa akan mampu menghalang serangan perisian hasad.

Ia akan dapat dilakukan dengan adanya ciri yang yang dikenali sebagai Intel Control-Flow Enforcement Technology (CET) yang didakwa akan dapat menyekat serangan penggodam yang dibuat menerusi perisian hasad.

Walaubagaimanapun, pengguna komputer perlulah menggunakan sistem operasi Windows 10 bagi mendapatkan manfaat daripada ciri baru ini.

Setakat ini, Microsoft sudah pun mula memuatkan ciri “Hardware-enforced Stack Protection” yang menyokong CET pada pengguna sistem Windows 10 yang terlibat dalam Windows Insider program.

Model cip Intel Tiger Lake dijangka akan menjadi cip pemprosesan komputer riba pertama yang akan dilengkapi dengan CET tidak lama lagi.

Seterusnya akan diperluaskan pada barisan cip pemprosesan Intel yang lain.

Sumber: PCGamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY