Sistem cip berkenaan hadir dengan lapan teras iaitu 2 teras utama(Gen-4), 2 teras Cortex-A75 dan 4 teras Cortex-A55. Ia turut disokong oleh unit pemprosesan grafik(GPU) ARM Mali G76 MP12. Bagaimanapun, ia menggunakan proses 8nm LPP FinFET dan bukannya 7nm seperti Kirin 980 dan A12 Bionic.
Dengan sokongan cip NPU, Exynos 9820 ini dilaporkan mampu menjalankan tugasan berteraskan AI 7 kali lebih pantas berbanding Exynos 9810. Sistem cip ini juga diciptakan khas bagi bersaing dengan Kirin 980 dan Snapdragon 8150 yang masih belum dilancarkan.
Tambahan lagi, cip pemprosesan ini membantu dalam mengekalkan daya tahan bateri peranti ke tahap lebih baik apabila dikatakan menggunakan 10% kurang tenaga berbanding Exynos 9810. Ia juga membolehkan rakaman video pada kualiti 8K/30fps dilakukan.
Berita ini menyebabkan Samsung Galaxy S10 sebuah telefon pintar yang akan ditunggu-tunggu ramai. Mungkinkah siri Galaxy S juga akan dipilih menjadi model pertama menggunakan cip Snapdragon baru sekali lagi? Sama-sama kita nantikan.
Sumber: SAMSUNG
Berkaitan
- Reka Bentuk Xiaomi Pocophone F1 Tertiris, Hadir Dengan Snapdragon 845 AIE
- Samsung Galaxy S10 5G 'Tebakar' Di Korea Selatan
- Harga Jualan Samsung Galaxy Note 9 Tertiris Menjelang Pelancaran Rasmi
- Senarai Telefon Yang Bakal Dimuatkan Dengan Snapdragon 835 Pada Tahun 2017
- Samsung Acah Pelancaran Cip Pemprosesan Exynos Terbaru Minggu Hadapan
- Spesifikasi Model Terbaru Oppo Find X Didedahkan - Bakal Hadir Dengan Snapdragon 845
- Samsung Buka Kilang Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Di Dunia
- Ciri Samsung Galaxy S10 Tertiris Menjanjikan Pengesan Cap Jari Bawah Skrin
- Peranti Meizu Mungkin Jadi Yang Pertama Menggunakan Cip Snapdragon 8150
- Huawei Sedang Bangunkan HiSilicon Kirin 710 Bagi Saingi Qualcomm Snapdragon 710