Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-12-17 at 11.47.38 AM

CIMB Keluarkan Kenyataan Media Lanjutan Daripada Isu Yang Berlaku

Diterbitkan Disember 17, 2018 · Dikemas kini Disember 17, 2018 oleh Helmi Samsuri

Isu hangat yang sedang melanda CIMB Clicks kini meresahkan semua pengguna perbankan dalam talian tersebut. Lanjutan daripada itu, pihak bank telah mengeluarkan kenyataan media menyatakan sistem itu kekal selamat dan semua transaksi yang dilakukan dilindungi.

Turut dimaklumkan, pada minggu lalu pihak CIMB telah memperkenalkan beberapa ciri keselamatan tambahan bagi transaksi CIMB Clicks seperti tambahan aksara pada kata laluan; dari 8 karakter kepada 20 karakter.

Disamping itu, penambahan ciri reCaptcha dijelaskan sebagai langkah untuk melindungi CIMB Clicks dari diakses oleh bot.

Kenyataan media ini dikeluarkan berikutan aduan pengguna yang menyatakan akaun mereka boleh diakses walaupun kata laluan sebenar ditambah dengan karakter lain melebihi 8 aksara dan ciri reCaptcha yang menimbulkan tanda tanya pengguna.

Kenyataan Media Berkenaan CIMB Clicks

Baca juga – Beberapa Pengguna CIMB Mengadu Wang Mereka Ditolak Melalui Transaksi PayPal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY