Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Dedahkan Huawei Mempunyai Akses Kepada Data Pengguna Mereka

CIA Menuduh Huawei Terima Dana Dari Pihak Keselamatan Dan Tentera China

Diterbitkan April 22, 2019 · Dikemas kini April 22, 2019 oleh ariff bukhari

CIA mendakwa mereka punyai bukti terhadap tuduhan tersebut, tapi…

The Times of London telah menerbitkan satu laporan yang menyatakan bahawa pihak Central Intelligence Agency (CIA) telah menuduh syarikat gergasi China, Huawei menerima dana dari pihak keselamatan dan tentera China.

Secara khusus dalam laporan tersebut menyatakan dana yang diterima adalah dari Tentera liberal Rakyat China, Suruhanjaya Keselematan Negara China dan  Cawangan Ke-3 Perisikan Negara China.

Malah dilaporkan pihak CIA telah membentangkan bukti yang dimiliki mereka hasil risikan terhadap Huawei kepada 5 negara lain iaitu Australia, Kanada, New Zealand, Amerika United Kingdom pada awal tahun ini.

5 negara tersebut adalah negara yang telah menandatangani bersama perjanjian perkongsian risikan antara satu sama lain.

Walaubagaimanapun, sungguhpun CIA mengatakan bahawa mereka mempunyai bukti atas tuduhan yang dilemparkan itu, mereka juga sebenarnya masih tidak mempunyai bukti yang benar-benar kukuh terhadap penemuan risikan mereka.

Pihak Huawei telah dengan keras menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh CIA itu.

“It is all the rage for western governments and media to call Chinese companies a ‘security threat’,” Kata Duta China ke UK, Liu Xiaoming pada awal tahun ini.

Walaupun tanpa bukti-bukti yang kukuh, kerajaan AS telah lama mengesyaki dan berwaspada terhadap Huawei yang dianggap boleh mengancam keselamatan negara mereka.

Malah agensi persekutuan negara Amerika telah menyekat penggunaan teknologi Huawei dan mereka turut dilaporkan cuba menghalang sekutu mereka daripada membenarkan syarikat dari China itu membina infrastruktur rangkaian tanpa wayar 5G di dalam negara sekutu mereka.

Akibat larangan tersebut, Huawei telah mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman terhadap Amerika pada bulan lepas.

Sumber: Gizmodo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY