Pada sidang media hari ini, Huawei menyatakan larangan itu bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah menyekat syarikat teknologi ini dari terlibat dalam persaingan yang adil.
Aduan yang difailkan oleh Huawei mendakwa seksyen 889 NDAA bukan sahaja menghalang semua agensi kerajaan AS daripada melakukan urusan dengan Huawei, tetapi juga menghalang pihak ketiga daripada menggunakan peralatan syarikatnya.
Menurut Timbalan Pengerusi Huawei, Guo Ping, kerajaan AS telah melabel Huawei sebagai ancaman, mengelirukan tanggapan orang ramai terhadap syarikat itu dan juga cuba menghalang Huawei dari pasaran 5G di negara lain.
Tambahan lagi, kerajaan Amerika Syarikat juga tidak pernah mendedahkan bukti yang menyokong tududan mereka bahawa Huawei menimbulkan ancaman keselamatan siber.
Huawei menyifatkan tindakan undang-undang yang diambil ini sebagai langkah yang tepat dan terakhir serta mengharapkan keputusan mahkamah akan memberi manfaat kepada syarikat dan rakyat Amerika Syarikat.
Sumber: Huawei
Berkaitan
- Huawei Y7a Diperkenalkan Pada Harga RM799 Di Malaysia
- Ada Laporan Huawei Tengah Bangunkan Pengecasan 90W
- Huawei MediaPad M5 Lite Boleh Di Pra-Tempah Pada 29 Ogos Dengan Harga RM1299
- Huawei Nova 5T Rasmi Dijual Pada Harga RM1599
- Huawei Bangunkan Teknologi Imbasan Wajah Lebih Baik Dari Apple
- Dua Tablet Huawei, Memori Lebih Besar Dan Harga Bawah RM1000 Akan Dijual Isnin Ini
- Laporan Counterpoint: Huawei Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Bagi Bulan Mei
- Huawei Patenkan Rekaan Dwi Tona Warna Seakan Pixel
- Qualcomm Sahkan Bakal Membekal Cip Kepada Huawei
- Pengguna Celcom Berpeluang Miliki OPPO R17 Pro, OPPO F9, Huawei Nova 3i Secara Percuma