Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Chrome featured image

Chrome Bakal Gantikan Ikon Kunci HTTPS Dengan Rekaan Baharu

Diterbitkan Mei 3, 2023 oleh Amalina Athman

Google akan meneruskan rancangan untuk menggantikan ikon kunci dalam bar alamat Chrome, sebagai sebahagian reka bentuk semula pelayarnya.

Berkaitan

  • Google Pertingkatkan Kuasa Grafik Pelayar Chrome Dengan WebGPU
  • Google Gesa Pengguna Pelayar Chrome Kemas Kini Segera Aplikasi
  • Google Chrome Kekal Pelayar Paling Popular

Menurut Google, pelayar telah menunjukkan ikon kunci apabila halaman dimuatkan melalui HTTPS sejak versi awal Netscape pada tahun 1990-an.

Sehingga hari ini, lebih 95% pemuatan halaman dalam Chrome (untuk Windows) menggunakan HTTPS. Memandangkan penggunaannya yang meluas, Google mahu menilai semula cara memberi isyarat perlindungan keselamatan dalam pelayar.

Kebolehpercayaan tapak web

Ikon kunci tidak menandakan kebolehpercayaan tapak web. Google menyatakan,

When HTTPS was rare, the lock icon drew attention to the additional protections provided by HTTPS. Today, this is no longer true, and HTTPS is the norm, not the exception, and we’ve been evolving Chrome accordingly.

Kajian Google pada 2021 menunjukkan bahawa hanya 11% yang memahami maksud tepat ikon kunci dengan betul. Walhal, hampir semua tapak pancingan data menggunakan HTTPS, dan seterusnya memaparkan ikon kunci.

Salah faham yang meluas itu turut mendorong organisasi, termasuk FBI, menerbitkan panduan yang tepat dan jelas bahawa ikon kunci bukan pengukur keselamatan tapak web.

lock icon Chrome

Penggantian kunci dengan ikon “tune” kelak bertujuan untuk menjadi “penunjuk neutral” bagi menghalang salah faham bahawa ikon kunci dikaitkan dengan kebolehpercayaan halaman, serta menekankan bahawa keselamatan harus diutamakan dalam Chrome.

Tambahan pula, ramai pengguna tidak memahami atau tahu bahawa mengklik ikon kunci boleh menunjukkan maklumat dan kawalan penting.

Chrome 117

Chrome Bakal Gantikan Ikon Kunci HTTPS Dengan Rekaan Baharu
Chrome Bakal Gantikan Ikon Kunci HTTPS Dengan Rekaan Baharu

Dengan varian ikon “tune” kelak, ia dijangka akan membantu menjadikan kawalan dan tetapan lebih mudah diakses. Ikon baharu ini dijadualkan akan tersedia dalam Chrome 117, yang dikeluarkan pada awal September 2023, sebagai sebahagian daripada penyegaran reka bentuk umum untuk platform desktop.

Pada masa yang sama, Google juga akan menggantikan ikon kunci pada Android. Untuk peranti iOS, memandangkan ikon kunci tidak boleh diklik, Google akan mengalih keluar sepenuhnya.

Sumber: Blog Chromium

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY