Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

China Berjaya Lakukan Pembedahan Jarak Jauh Menggunakan Teknologi 5G

Posted on Januari 15, 2019

Tahun 2019 banyak dijanjikan dengan pelaksanaan teknologi rangkaian 5G yang memberi manfaat kepada telefon pintar  hinggalah kepada sektor-sektor lain.

Beberapa hari lalu, China dilaporkan telah berjaya melaksanakan pembedahan jarak jauh menggunakan teknologi 5G dan ia adalah yang pertama didunia.

Pembedahan melibatkan dua lokasi berbeza dengan jarak 50km. Ia menunjukkan  seorang doktor mengeluarkan hati seekor haiwan ujikaji menggunakan alat pembedahan robotik dengan sambungan 5G.

Perbezaan masa antara alat kawalan dan kelengkapan robotik itu dikatakan hanya 0.1 saat dan menurut penyelidik, i mampu mengelakkan risiko kesilapan perubatan yang boleh membawa maut kepada pesakit.

Kejayaan ini dilihat mampu memberikan peluang kepada pesakit mendapatkan rawatan yang sewajarnya tanpa mengira lokasi mereka berada.

Sumber: South China Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress