China Akhirnya Sudah Lengkapkan Sistem Satelit Untuk Saingi GPS

Hujung tahun yang lalu, China dilaporkan sedang merancang untuk melengkapkan sistem penentududukan sejagat mereka, BeiDou-3 Navigation Satellite (BDS). Sistem ini merupakan langkah dari China untuk tidak bergantung kepada GLONASS (Rusia), GALILEO (Eropah) dan GPS (Amerika Syarikat).

Menelan belanja lebih kurang $10 bilion, sistem Beidou-3 merupakan generasi ketiga dan ia terdiri daripada 35 buah satelit dengan yang pertama dilancarkan sekitar 2015.

Satelit tersebut dilancarkan ke angkasa oleh roket pembawa Long March-3B dan merupakan satelit Beidou-3 ke-55 dari seluruh keluarga satelit BeiDou. Melalui pelancaran terbaru ini, ia telah melengkapkan rangkaian navigasi global BeiDou

https://www.youtube.com/watch?v=aurzuLCmmWk

Pelancaran yang sepatutnya berlangsung pada minggu lalu itu terpaksa ditunda sehingga ke hari ini ekoran masalah teknikal yang dihadapi sewaktu ujian pra-pelancaran.

Satelit bagi sistem BeiDou-3 ini dikatakan tampil dengan kemampuan komunikasi, ketetapan masa dan perkhidmatan navigasi lebih tepat berbanding sebelumnya.

Generasi pertama iaitu BeiDou-1 hanya terhad untuk kegunaan domestik sudah dimulakan sejak 2000 lagi namun dilaporkan sudah dinyahaktifkan pada penghujung 2012. BeiDou-2 pula digunakan untuk perkhidmatan bagi rantau Asia Pasifik.

Sumber: BBC