Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3G 4G

Tiada Lagi Rangkaian 3G Celcom Dikawasan Ini Bermula Esok

Diterbitkan November 10, 2021 oleh Helmi Samsuri

Bagi kita yang sentiasa menuruti berita-berita teknologi tanah air, pasti sudah tahu yang mana tahun ini, tahun 2021, rangkaian 3G akan ditamatkan secara berperingkat.

Kalau kita ingat kembali, Celcom pada Ogos yang lepas sudahpun memberi peringatan kepada pengguna, pemberhentian rangkaian 3G mereka sudahpun bermula.

Antara kawasan yang terlibat adalah:

  • Selangor – Kuala Selangor, Petaling, Klang, Kuala Langat, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Gombak, Sepang, Hulu Langat, WP Putrajaya
  • Kuala Lumpur – WP Kuala Lumpur
  • Perak – Bagan Datuk
  • Pahang – Bentong

Screenshot 2021-11-10 at 5.40.10 PM

Kini, menerusi pemberitahuan di halaman rasmi, beberapa kawasan telah disenaraikan dan bermula esok, langkah penamatan itu akan dibuat.

Suka untuk diingatkan kembali kepada pembaca diluar sana, perkhidmatan rangkaian 3G negara bakal ditutup sepenuhnya pada pengakhir tahun 2021. Bagi mengelakkan gangguan penggunaan telefon anda, bolehlah mula beralih kepada telefon pintar yang menyokong 4G.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY