Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
c5981d46-cf35-460e-8cb4-21f9dabb09d2 (2)

Beli Siri Huawei P40 Pada 29 April, Anda Dapat Freebuds 3 Bernilai RM679

Diterbitkan April 28, 2020 oleh Helmi Samsuri

Berita baik bagi anda yang bercadang untuk mendapatkan salah satu model siri Huawei P40, Huawei Malaysia bakal menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk pembeli.

Bersempena dengan ulangtahun keenam kedai dalam talian Huawei Malaysia, promosi jualan satu hari bakal diadakan pada esok 29 April 2020.

c5981d46-cf35-460e-8cb4-21f9dabb09d2 (2)

Menerusinya, pembelian bagi siri Huawei P40 bakal diiringi dengan aksesori percuma berupa Huawei Freebuds 3 (RM679) serta pelbagai lagi ganjaran menarik bernilai lebih dari RM1300.

Promosi yang berlangsung esok itu turut menawarkan jualan kilat serendah RM0.60 bagi beberapa produk terpilih. Huawei juga menyatakan bahawa hari ini, 28 April 2020 merupakan hari terakhir untuk pengguna menebus baucar dalam talian bernilai RM166. Untuk tebus baucar, boleh daftar di halaman Huawei Online Store.

Baucar tersebut boleh digunakan pada 29 April 2020 untuk mendapatkan penjimatan bagi pembelian produk terpilih seperti Huawei Mate 30 Pro 5G, Huawei M6 dan lain-lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY