Antara yang diwujudkan adalah Pakej Keluarga Malaysia dan antara yang ditawarkan seperti Pakej Peranti Keluarga Malaysia, Pakej Remaja Keluarga Malaysia serta Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia.
Menurut Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia (CFM), pakej yang diumumkan itu sangat sesuai dengan kehendak pengguna masa kini, tetapi dalam masa yang sama timbul kekeliruan di pihak pengguna.
Antara yang menjadi persoalan, nama pakej lain tetapi didalamnya tawaran yang sama. CFM turut memberi pendapat tentang Pakej Remaja Keluarga Malaysia, setiap penyedia memberikan tawaran yang sedikit berbeza antara satu sama lain. Contohnya seperti tawaran aplikasi permainan yang tidak terdapat di pakej penyedia perkhidmatan yang lain.
Antara solusi disarankan CFM adalah tawaran-tawaran yang dibuat diseragamkan seperti mengeluarkan kriteria yang sama bagi setiap pakej. Ini untuk memudahkan pengguna memahami setiap pakej yang ada dengan lebih mudah.
Selain itu, CFM menyatakan pakej inisiatif yang disediakan itu hadir tanpa sebarang syarat tersembunyi beserta maklumat penting seperti terma dan syarat yang senang difahami setiap pelanggan.
Sumber: Siaran Akhbar CFM
Berkaitan
- Facebook Mungkin Akan Perkenalkan Ciri Latarbelakang Berwarna Di Ruangan Komen
- Roku Bakal Gunakan Nama Premiere Dan Ultra Untuk Model Baharu Mereka
- Fortnite Mula Ditawarkan Untuk Semua Pengguna Android Tanpa Perlu Jemputan
- Griffin Bluetooth Mungkin Bergandingan Dengan IPhone 7
- Apple Perkenal Smart Battery Case Bagi Model iPhone XS, iPhone XS Max Dan iPhone XR
- Xiaomi Redmi 7 Mula Muncul Di TENAA
- Jom Guna Aplikasi Ini Untuk Bezakan Status Mahram Dan Bukan Mahram
- Nintendo Switch Sah Tidak Dilengkapi Dengan Sokongan Fon Kepala Bluetooth
- Dilaporkan 46.2 Juta Nombor Telefon Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Pencerobohan Data
- Sesuai Dijadikan Hantaran Kahwin, OPPO Reno6 Z Shiseido Boleh Ditempah Khamis Ini