Seperti yang kita sudah maklum, tekanan darah tinggi merupakan antara penyebab kepada penyakit pembunuh di Malaysia. Kadang-kala penghidap darah tinggi tidak perasan yang mereka mengalami tekanan darah tinggi sehinggalah mereka di dapati menghidap penyakit seperti serangan jantung, angin ahmar dan lain-lain.
Omron Project Zero 2.0 berfungsi sama seperti sphygmomanometer, alat pengukur tekanan darah yang biasa kita lihat di klinik mahupun hospital. Apabila fungsi mengukur tekanan darah diaktifkan, tali jam tangan pintar itu akan mengembang seperti lilitan getah sphygmomanometer. Masa yang diambil untuk mengukur sekitar 35-40 saat dan selepas itu jam tangan pintar ini akan memaparkan bacaan tekanan darah anda.
Selain fungsi membaca tekanan darah, Omron turut dilengkapi dengan pemantau kadar jantung optik, dan berupaya mengesan aktiviti harian seperti berjalan, berlari dan jumlah pembakaran kalori.
Ia juga mempunyai fungsi asas seperti jam tangan pintar yang lain seperti, teks pesanan ringkas dan notifikasi emel. Jam tangan pintar ini sedang berada dalam fasa akhir mendapat kelulusan FDA (Food and Drug Administration). Dikhabarkan ia akan mula dipasarkan pada penghujung 2017 dan menurut laman Hardware Zone Malaysia, harga jualan jam tangan pintar Omron ini dalam lingkungan ~RM1,432.
Sumber: Hardware Zone Malaysia
Berkaitan
- Galaxy Note 7 Digunakan Sebagai Bom Lekat Di Dalam Permainan GTA V
- Kamera Aksi Sony RX0 Dijual Pada Harga RM3199
- (Video) Apple Ajar Cara Ambil Gambar Guna Ciri "Potrait Lighting" Pada iPhone 8 Plus
- Robot Cheerleader Dari Jepun Bakal Menggegarkan Malaysia Hujung Minggu Ini
- WhatsApp Bangunkan Ciri Untuk Terima Atau Tolak Jemputan Masuk Kedalam Grup Perbualan
- Grand Theft Auto V Kini Percuma Sehingga 21 Mei
- Google Maps Menjadi Lebih Mudah Dengan Arahan Bergambar Dari Google Street View
- Honor Tawar Harga Diskaun Sehingga Rm100 Untuk Pembelian Telefon Pintar Mereka
- Ini Mungkin Spesifikasi Sebenar Huawei Mate 20 Pro
- Ini Mungkin Imej Rekaan Terbaru Sony Xperia, Pengimbas Cap Jari Terbina Di Skrin