Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 8__

CEO realme Dedahkan Spesifikasi Utama realme 8 Menjelang Pelancaran

Diterbitkan Mac 4, 2021 oleh Amalina Athman

Pada 2 Februari lepas, realme telah memperkenalkan teknologi kamera 108MP yang akan dimuatkan pada realme 8 Pro. Terbaru, CEO realme iaitu Madhav Sheth telah memperlihatkan kotak bungkusan realme 8 yang merupakan versi asas dalam siri ini.

Melalui kotak bungkusan tersebut, ia juga telah mendedahkan spesifikasi utama realme 8. Peranti ini akan dimuatkan dengan skrin berukuran 6.4-inci Super AMOLED.

Untuk pengetahuan, realme masih menggunakan panel LCD sehingga realme 7. Ini bermakna, realme 8 akan menjadi yang pertama dalam siri kelas pertengahan realme ditawarkan dengan panel AMOLED.

spec realme 8

Selain itu, peranti ini akan hadir dengan janaan cip pemproses Helio G95, kapasiti bateri 5000mAh serta pengecasan pantas 30W Dart. Bahagian kamera pula akan dimuatkan tetapan empat lensa dengan 64MP utama.

Untuk lain-lain spesifikasi, nantikan pelancaran siri realme 8 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sumber: Madhav Sheth

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY