Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5G Ericsson

CEO Ericsson Mendakwa Mereka Adalah Lebih Ke Depan Dalam Pembangunan Teknologi 5G

Diterbitkan Januari 22, 2020 · Dikemas kini Januari 22, 2020 oleh ariff bukhari

Malah lebih ke depan berbanding Huawei.

CEO Ericsson, Borje Ekholm dalam temu bualnya bersama CNBC baru-baru ini memberitahu, mereka adalah firma yang lebih ke depan dalam pembangunan teknologi 5G.

Malah beliau menolak dakwaan bahawa firma teknologi China iaitu Huawei sebagai peneraju dalam teknologi 5G.

“I find it’s a bit difficult to say that we’re behind when I see no one ahead of us,” Borje Ekholm, CEO Ericsson.

Malah beliau juga menegaskan bahawa tekanan yang diberikan terhadap Huawei oleh A.S bukan pula sebagai faktor mereka menjadi peneraju 5G ketika ini.

Beliau menambah, perkakasan teknologi 5G Ericsson adalah yang pertama digunakan di Amerika Utara dan Eropah.

Penganalisis industri juga memberitahu bahawa bukan Huawei sahaja yang menjadi pemain utama dalam pembangunan dan penyedia teknologi 5G di dunia ketika ini.]

Syarikat uatama lain seperti Ericsson dari Sweden dan Nokia dari Finland juga adalah antara firma pembangun terbesar yang menyediakan perkakasan teknologi 5G.

Jadi, benua Eropah boleh sahaja menyediakan rangkaian 5G tanpa perlu pun penglibatan Huawei.

Walaubagaimanapun, masih terdapat kebimbangan dikalangan eksekutif firma telekomunikasi Eropah yang menyatakan Eropah mungkin ketinggalan dibelakang dalam perlumbaan teknologi 5G jika Huawei tidak terlibat dalam penyediaan rangkain 5G di benua itu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY