CEO Apple Tim Cook Menjual Saham Apple Berjumlah RM 184 Juta

CEO Apple Tim Cook harini telah menjual saham miliknya di Apple yang berjumlah RM 184 Juta mengikut laporan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat.

Cook menjual 560,000 saham RSU yang beliau dapat pada 24 Ogos. Saham RSU ini adalah ganti rugi yang diberikan dalam bentuk saham dan boleh ditebus pada kemudian hari, satu cara untuk mengekalkan seseorang itu di dalam syarikat.

Cook telah menerima 700,000 saham RSU pada tahun 2016 dan akan menerima jumlah yang sama pada tahun 2021. Saham-saham ini diberikan atas penilaian prestasi Cook di dalam Apple. Jika Apple menunjukkan prestasi yang bagus, maka lebih banyak lagi saham RSU yang akan diberikan kepadanya.

Sumber