CelcomDigi hari ini memperkenalkan pakej StreamMORE baharu, menggabungkan beberapa platform penstriman popular dalam satu langganan.
Terdapat empat pilihan pakej StreamMORE yang ditawarkan bermula daripada RM19.90 sebulan. StreamMORE Asian Bundle menyertakan akses kepada iQIYI (Standard VIP), Vision+ dan Viu Premium bersama 5GB data 5G/4G berkelajuan tinggi.
Bagi pengguna yang gemarkan kandungan Asia dan siaran sukan secara langsung, StreamMORE Asian & Sports Bundle ditawarkan pada harga RM39.90 sebulan dengan akses kepada iQIYI (Standard VIP), sooka (Sports & Entertainment) serta Viu Premium. Pelanggan turut menerima 10GB data 5G/4G berkelajuan tinggi.
Sementara itu, StreamMORE Sports Bundle berharga RM59.90 sebulan menyediakan akses kepada Prime Video dan sooka Premium. Pakej ini turut hadir dengan 100GB data 5G/4G berkelajuan tinggi untuk aktiviti penstriman.

Untuk pengguna yang mahukan pilihan hiburan lebih menyeluruh, StreamMORE Family Bundle ditawarkan pada harga RM79.90 sebulan. Ia menggabungkan Disney+ Premium, sooka Premium dan Viu Premium dalam satu pakej bersama 10GB data berkelajuan tinggi.
Selain pakej bulanan, CelcomDigi turut memperkenalkan pas harian sooka pada harga RM11.90 sehari. Pas ini memberikan akses kepada kandungan Sports & Entertainment serta 15GB data internet berkelajuan tinggi.
StreamMORE Bundles kini tersedia untuk pelanggan prabayar dan pascabayar. Langganan boleh dibuat menerusi aplikasi CelcomDigi, laman web rasmi serta kedai dan pengedar sah CelcomDigi di seluruh negara.
{suggest}
