Cas Perkhidmatan Internet Di Malaysia Dijangka Menurun Sehingga 25% Pada Penghujung Tahun Ini

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah mengulangi pendirian kerajaan untuk menurunkan harga perkhidmatan jalur lebar di negara ini. Menurut laporan The Star, kementerian berkenaan kini sedang giat berusaha untuk menunaikan janji tersebut seawal hujung tahun ini.

Dalam kenyataan menterinya semalam, YB Gobind menegaskan bahawa mereka menjangkakan harga bagi perkhidmatan akses internet jalur lebar di negara ini akan dapat dikurangkan sehingga 25% menjelang penghujung tahun ini.


Kredit : Finas


Menurut beliau lagi, penurunan harga ini adalah selari dengan pelaksanaan Standard Mandatori pada Harga Akses atau Mandatory Standard on Access Pricing (MSAP) yang bermula pada 8 Jun yang lalu dan dijangka selesai sepenuhnya pada bulan Ogos kelak.

Perkara ini pastinya akan mendapat sambutan yang baik daripada rakyat seterusnya akan membolehkan lebih ramai rakyat mampu untuk memiliki sambungan internet pada masa akan datang.

Sumber