Cara Untuk Uji Kelajuan Internet Yang Lebih Tepat

Rata-rata daripada kita sudah biasa menggunakan platform penguji kelajuan internet dan ia tersangatlah mudah untuk digunakan. Hanya lawati atau buka aplikasi penguji, tekan butang dan hasil kelajuan akan dipaparkan.

Walaubagaimanapun, tidak boleh dinafikan yang mana keputusan ujian-ujian yang dilakukan tidak begitu tepat, tetapi ia sekurang-kurangnya boleh memberi sedikit gambaran tentang kelajuan sambungan yang dilanggan.

Untuk itu, Consumer Forum Malaysia telah berkongsi beberapa langkah yang boleh diambil untuk mendapatkan keputusan ujian dengan lebih tepat.

1. Putuskan sambungan daripada perkhidmatan VPN jika anda menggunakannya.

2. Putuskan sambungan komputer ke WiFi.Gunakan sambungan berkabel.

3. Putuskan sambungan peranti lain yang menggunakan rangkaian internet yang sama. Biarkan satu peranti sahaja yang bersambung.

4. Sambung kabel Ethernet dari komputer ke port Ethernet di modem.

5. Cabut plug modem anda dan biarkan ia tidak berkuasa lebih kurang 60 saat.

6. Hidupkan semula modem dan pastikan komputer tidak membuka apa-apa program yang mengakses internet seperti YouTube dan dan Spotify.

7. Pergi ke laman web penguji kelajuan internet melalui pelayar web seperti seperti Speedtest.com atau Fast.com atau boleh pilih disini. Anda juga boleh gunakan platform penguji kelajuan internet yang disediakan oleh pengendali perkhidmatan seperti; Maxis, TM, TIME, yes, atau U Mobile

Jika anda menggunakan teleofon pintar sebagai peranti ketika ujian, langkah yang sama boleh digunakan kecuali penggunaan kabel ethernet.

Seeloknya juga sebelum memulakan ujian, lakukan restart kepada peranti yang terlibat dan disyorkan menggunakan platform penguji yang berasakan HTML 5 yang boleh dipilih disini.

Dengan ini keputusan ujian kelajuan boleh dilihat dan anda boleh membuat perbandingan dengan apa yang telah dijanjikan oleh pengendali rangkaian.

Diingatkan juga, perbezaan pada keputusan ujian bergantung kepada pelbagai faktor seperti jarak pelayan internet dan lain-lain lagi.

Anda mempunyai masalah internet atau telco  yang belum selesai walaupun sudah dilapor kepada pihak penyedia perkhidmatan? Anda boleh panjangkan ia ke CFM untuk nasihat dan tindakan yang selanjutnya.

Sumber: CFM

Berkaitan