Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Platform Penguji Kelajuan Internet Yang Anda Boleh Gunakan

5 Platform Penguji Kelajuan Internet Yang Anda Boleh Gunakan

Diterbitkan November 12, 2018 oleh Helmi Samsuri

Kadangkala kita tertanya-tanya dengan sambungan internet yang kita gunakan. Langgan 100Mbps tetapi kelajuan untuk akses internet kalah zaman dial up.

Untuk tujuan itu, platform penguji kelajuan dibangunkan dengan tujuan memberikan gambaran tentang sambungan internet anda.

Banyak platform yang ditawarkan dan ini merupakan 3 penguji kelajuan internet yang terbaik anda boleh gunakan.

1. Speedof.me

Screenshot 2018-11-11 at 5.34.24 PM

Penguji ini dibangun berasaskan HTML 5 yang mana ia lebih ringan. Ujian dilakukan dengan memuat turun dan memuat naik sampel pelbagai saiz dan graf akan menunjukkan masa untuk setiap proses itu dilakukan.

Ia tidak memilih lokasi pelayan, tetapi terus membuat perkiraan paling cepat dan paling boleh dipercayai dari 88 pelayan yang tersedia.

Fail yang dimuat naik serta dimuat turun secara turutan dan bukannya secara serentak untuk meniru keadaan sebenar ketika melayari internet.

2. Speedsmart

Screenshot 2018-11-12 at 10.57.00 AM

Ok sebut betul-betul. Ya, nama hampir sama dengan rangkaian kedai serbaneka tetapi ini penguji rangkaian internet.

Sama seperti Speedof.me, Speedsmart adalah platform HTML5 yang tidak memerlukan sebarang plug-in seperti Java atau Flash.

Ia menawarkan paparan ringkas tentang laju muat turun, muat naik dan maklumat ping dari sambungan internet anda.

3. Testmy.net

Screenshot 2018-11-12 at 11.11.23 AM

Ujian muat turun dan muat naik adalah berasingan. Jika anda mahukan ujian yang menggabungkan kedua-duanya, terdapat pilihan ujian automatik.

Turut memaparkan graf disamping beberapa informasi tambahan berguna untuk anda baca.

Screenshot 2018-11-12 at 11.11.31 AM

4. Speedtest.net

Screenshot 2018-11-12 at 11.16.29 AM

Penguji kelajuan internet yang popular dalam kalangan kita. Menggunakan teknologi gabungan dari kepintaran dan kelajuan. Ia memilih pelayan berhampiran, membuat ujian penuh, dan memberikan informasi muat turun, muat naik, kadar latensi dan kadar kehilangan paket.

5. Fast.com

Screenshot 2018-11-12 at 11.39.54 AM

Laman penguji kelajuan sambungan yang dioperasikan oleh Netflix. Syarikat penstriman itu membangunkan Fast.com bertujuan untuk membantu pengguna menilai tahap kelajuan internet sama ada mampu atau tidak mengakses kandungan mereka.

Itulah 5 laman penguji kelajuan internet terbaik yang boleh anda gunakan. Anda pengguna salah satu yang disebutkan diatas atau ada lagi platform lebih baik ingin dikongsikan? Boleh tulis ruangan komen.

Sumber: Digital Trends

Sumber gambar utama: High speed internet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY