Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Guna Aplikasi iOS Pada Telefon Pintar Android

Cara Untuk Guna Aplikasi iOS Pada Telefon Pintar Android

Diterbitkan Ogos 26, 2017 ยท Dikemas kini Ogos 26, 2017 oleh Helmi Samsuri

Terlalu banyak aplikasi yang ditawarkan untuk telefon pintar tanpa mengira platform iOS mahupun Android.

Tetapi mungkin ada ketikanya anda ingin mengakses sesebuah aplikasi yang tidak ditawarkan pada Android tetapi ada pada iOS.

Artikel kali ini membawakan beberapa cara agar pengguna Android dapat menikmati aplikasi iOS melalui telefon pintar mereka.

1. Appetize.io

Cara Untuk Guna Aplikasi iOS Pada Telefon Pintar Android

Ia merupakan sebuah laman web yang bertindak sebagai emulator dalam talian. Anda tidak perlu bersusah payah untuk memasang apa-apa aplikasi kerana ia hanya diakses menerusi pelayar internet telefon pintar anda.

Cara Untuk Guna Aplikasi iOS Pada Telefon Pintar Android

Caranya adalah dengan type Appetize.io pada pelayar internet dan selepas itu klik butang ” Tap to Play” dan anda boleh bermain dengan iOS secara dalam talian. Agak perlahan sedikit.

2. iEMU Emulator

Pertama sekali muat turun aplikasi disini , dan kemudian turuti langkah dibawah.

  1. Pergi ke Settings> Security/Privacy > dayakan “Allow installations of apps from unknown sources“.
  2. Pergi ke fail Apk iEMU itu dan tekan untuk pasang pada telefon pintar.
  3. Sesudah tamat proses pemasangan, cari aplikasi bernama AIO Downloader di dalam telefon anda. Dari situ anda boleh memuat turun aplikasi iOS (contoh: iMusic) dan ia akan beroperasi menerusi iEMU Emulator tersebut.

Cara Untuk Guna Aplikasi iOS Pada Telefon Pintar Android

3. Aplikasi Cider

Satu lagi aplikasi yang membantu anda mengakses aplikasi iOS pada telefon pintar Android. Dibangunkan oleh sekumpulan pelajar tetapi terdapat beberapa kekurangan jika dibandingkan dengan iEMU Emulator seperti, tiada sokongan GPS, Bluetooth, dan perkhidmatan lokasi yang lain.

Muat turun fail apk Cider, tekan pasang dan selepas itu klik aplikasi untuk mula mengakses aplikasi iOS yang diiginkan.

Sekarang anda tidak perlu memiliki iPhone untuk menikmati aplikasi iOS tetapi harus diingat tidak semua aplikasi boleh diakses dengan cara-cari diatas. Anda perlu cuba satu persatu mengetahuinya lebih lanjut.

Cara Untuk Guna Aplikasi iOS Pada Telefon Pintar Android
Contoh aplikasi iMessage yang dilancarkan menerusi Cider

Sumber: Make Tech Easier

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY