Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Aktifkan Tema Gelap Untuk YouTube Pada Telefon Pintar Serta Komputer

Cara Untuk Aktifkan Tema Gelap Untuk YouTube Pada Telefon Pintar Serta Komputer

Diterbitkan Januari 6, 2019 ยท Dikemas kini Januari 6, 2019 oleh Helmi Samsuri

Mod atau tema gelap sememangnya digemari kebanyakkan pengguna telefon pintar masa kini. Bukan sahaja “mesra mata”, ia juga diakui oleh Google mampu menjimatkan penggunaan kuasa bateri peranti dengan skrin OLED sepertimana yang dilaporkan sebelum ini.

Salah satu aplikasi dan platform yang telah memperkenalkan tema gelap adalah YouTube dan bagi anda yang masih tercari-cari atau ingin mencuba, bolehlah ikuti langkah mudah dibawah.

iOS

  1. Buka aplikasi YouTube dan tekan gambar profil anda dipenjuru atas kanan.
  2. Pilih Settings.
  3. Paparan akan menunjukkan Dark Theme

Android

  1. Buka aplikasi YouTube dan tekan gambar profil anda dipenjuru atas kanan.
  2. Pilih Settings.
  3. Pilih General.
  4. Menu akan memaparkan Dark Theme. Laras untuk aktif atau nyahaktifkannya.

Komputer

  1. Buka laman YouTube di komputer anda dan tekan gambar profil anda dipenjuru atas kanan.
  2. Pada senarai menu, cari Dark Theme dan anda boleh aktifkannya.

Sekarang anda boleh melayari YouTube dengan latarbelakang yang lebih “redup”. Kongsikan pada rakan yang masih tidak tahu. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY