Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Padam kiriman facebook

Cara Pantas Padam Semua Status Facebook Anda

Diterbitkan Ogos 25, 2020 · Dikemas kini April 15, 2022 oleh Amalina Athman

Facebook pada Jun lalu telah memperkenalkan fungsi baru yang membolehkan pengguna memadam kandungan yang tidak diingini. Seiring peralihan waktu, dengan cara penulisan dan muat naik kandungan yang berbeza, ia mungkin fungsi yang anda nantikan selama ini.

Menerusi ciri ini, anda boleh menyaring dan memadam secara pukal atau semua status Facebook yang telah dibuat dengan lebih pantas.

Cara padam status Facebook dengan pantas

Terlebih dahulu, anda perlu log masuk melalui aplikasi Facebook.

Cara Pantas Padam Semua Status Facebook Anda

Dalam tab “Menu”, tekan pada “Settings & Privacy” dan pilih “Settings”.

facebook activity log
facebook manage your posts

Di bawah “Your Facebook information”, pilih “Activity log”. Menerusi aktiviti log, anda boleh melihat dan menguruskan beberapa tetapan. Ianya termasuk memadam status Facebook dengan lebih pantas. Seterusnya, tekan “Manage Your Posts”.

Cara Pantas Padam Semua Status Facebook Anda

Pada bahagian ini, anda boleh menandakan pada “All” jika ingin memadam semua status Facebook. Jika mahu memadam secara pukal, tandakan pada status yang ingin dipadam.

padam status facebook

Kemudian, tekan “Recycle bin” di bahagian bawah. Seterusnya sahkan padaman tersebut melalui “Move to Recycle bin”.

padam status facebook

Selesai. Status yang dipadam akan mengambil masa selama 30 hari untuk dihapuskan sepenuhnya oleh Facebook. Dalam tempoh tersebut, anda juga boleh memilih untuk mendapatkan kembali status yang telah dipadam dengan cara pergi ke “Recycle bin”, pilih status berkenaan dan tekan “Restore”.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY