Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Padam kiriman facebook

Facebook Kini Benarkan Pengguna Hapus Kiriman Secara Pukal

Diterbitkan Jun 3, 2020 oleh Amalina Athman

Facebook kini telah melancarkan satu fungsi baru yang membolehkan anda melihat semua yang dikongsi di platform media sosial, membuat carian dengan filter seperti “tarikh” atau “orang”, dan menghapus kiriman Facebook secara pukal. Dengan fungsi ini, ia menjadi lebih mudah dan cepat untuk memadam kandungan yang tidak diingini.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2020/06/03122622/97109403_582379642406668_6152919704329280907_n.mp4

Fungsi yang ditambah pada “Activity Log” ini bertujuan untuk menyaring dan memadam secara pukal atau mengarkibkan mana-mana kiriman yang telah dibuat.

Selain itu, setiap kiriman yang dipadam akan mengambil masa selama 30 hari untuk dihapuskan sepenuhnya oleh Facebook. Jika anda memilih untuk mengarkibkan, kandungan tersebut akan dikekalkan dalam Facebook. Bagaimanapun, orang lain tidak akan dapat melihat kandungan yang telah diarkibkan.

Fungsi tersebut telah mula dilepaskan bermula hari ini pada peranti iOS dan Android serta akan tersedia bagi versi web pada masa akan datang.

Sumber: Facebook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY