Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mcmc label

Cara Mudah Semak Kesahihan Label MCMC Pada Peranti Pintar

Diterbitkan Mei 9, 2020 · Dikemas kini Mei 9, 2020 oleh ariff bukhari

Semak dengan menggunakan aplikasi pintar ini.

Setiap peranti komunikasi termasuklah peranti pintar di Malaysia wajib dilengkapi dengan Label MCMC. Label tersebut telah dikuatkuasakan sejak 1 Jun 2015 lagi.

Label MCMC adalah tanda pemerakuan wajib bagi menunjukkan bahawa peralatan komunikasi telah diperakukan mematuhi standard mengikut Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Label MCMC adalah penting kerana ia dapat mengesahkan sama ada sesebuah peranti itu adalah peranti palsu / klon atau haram untuk digunakan.

Ini kerana peranti yang tidak diperakukan boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan yang diterima daripada penyedia perkhidmatan komunikasi atau menyebabkan gangguan frekuensi kepada rangkaian perkhidmatan komunikasi.

Malah peranti itu juga boleh membahayakan nyawa pengguna seperti mengalami kejutan elektrik.

Jadi, adalah menjadi satu kesalahan jika pengguna memiliki peranti yang tidak dilengkapi dengan Label MCMC sah.

Label MCMC terdapat dalam bentuk elektronik atau fizikal. Bagi Label Elektronik (e-label), ia disimpan dalam sistem pengendalian peranti / firmware.

elabel mcmc

Manakala Label Fizikal pula dicetak pada pelekat yang dilekatkan pada peralatan atau tanda pemerakuan tersebut ditimbul, diukir atau dicetak pada permukaan peralatan.

label-fizikal mcmc

Tetapi, bagaimana pula untuk anda mengetahui sama ada Label MCMC pada peranti anda itu sah ataupun tidak?

Gunakan Aplikasi Check Your Label

Sirim telah membangunkan aplikasi yang dikenali sebagai “Check Your Label”.

Cara Mudah Semak Kesahihan Label MCMC Pada Peranti Pintar

Aplikasi ini memudahkan pengguna menyemak kesahihan Label MCMC yang ada pada peranti pintar mereka.

Aplikasi ini adalah salah satu kempen untuk mewujudkan kesedaran dikalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah.

Kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label.

Oleh itu, pengguna digalakkan untuk menyemak kesahihan label MCMC dengan memastikan maklumat pemerakuan peranti komunikasi yang ingin dibeli dengan menggunakan aplikasi Check Your Label yang boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play untuk pengguna Android atau Apple AppStore untuk pengguna peranti iOS.

(Selain menerusi aplikasi Check Your Label, pengguna juga boleh menyemak kesahihan label MCMC menerusi pangkalan data pemerakuan dengan menggunakan nombor pengenalan pembekal, nombor IMEI atau nombor siri peralatan secara atas talian di www.ecomm.sirim.my).

Cara Mudah Semak Kesahihan Label MCMC Pada Peranti Pintar
Contoh nombor IMEI yang boleh di semak pada peranti pintar Android. Settings > System > About Phone > IMEI

Atau anda boleh juga dial *#06# untuk dapatkan nombor IMEI peranti anda.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY