Aplikasi yang dipasang pada peranti pintar sememangnya mempunyai fungsi tersendiri, namun bagi aplikasi yang mempunyai fungsi yang hampir sama seperti pelayar internet dan pemain video akan memerlukan anda memilih setiap kali fail ataupun pautan dibuka. Situasi ini sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan jengkel.
Berikut kami kongsikan cara untuk menetapkan aplikasi sebagai tetapn lalai ataupun “Default Apps” pada peranti Android.
Pertama sekali masuk ke menu Setting.
Kemudian pilih menu Apps
Seterusnya Tap pada menu Default Apps.
Pada paparan berikut pilih mana – mana bahagian yang ingin anda tetapkan aplikasi “utama” .
Akhir sekali pilih aplikasi yang anda inginkan.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.