Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bpn 5

Cara Membuat Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Diterbitkan April 8, 2020 · Dikemas kini April 8, 2020 oleh ariff bukhari

Bagi mereka yang layak tetapi nama tiada dalam rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kerajaan telah pun mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi membantu rakyat yang terkesan dengan Perintah Pergerakan Kawalan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Bantuan tersebut telah pun mula disalurkan secara berperingkat kepada 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang yang layak menerima bantuan bagi fasa pertama BPN dengan melibatkan pembayaran berjumlah RM5.63 bilion bermula hari ini.

Anda boleh menyemak status sama ada anda menerima ataupun tidak BPN ini di laman https://bpn.hasil.gov.my

Walaubagaimanapun, mungkin sebahagian dari kita yang mungkin namanya tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun memaklumkan bahawa bagi mereka yang namanya tercicir, bolehlah membuat permohonan baru dengan mengisi borang dalam talian di laman sesawang LHDN.

Berikut adalah cara membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional (BPN):-

  1. Layari laman www.hasil.gov.my.
Cara Membuat Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Penerima BSH 2020 adalah LAYAK secara automatik bagi Bantuan Prihatin Nasional. Anda tidak perlu membuat permohonan.

2. Kemudian klik pada pilihan e-Daftar di bahagian Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

3. Seterusnya klik pada pautan borang pendaftaran online

bpn 2
Baca dan fahami terhadap keperluan dokumen penting yang diperlukan.

4. Di dalam borang permohonan, isi dengan jujur dan betul maklumat peribadi anda.

bpn 3

bpn 4 baru

5. Selepas selesai lengkapkan borang dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan BPN, anda klik pada butang Hantar / Submit.

“Isi maklumat yang diminta dengan jujur, tekan butang hantar dan tunggu bayaran dimasukkan dalam akaun anda.” Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

InsyaAllah semoga permohonan anda diluluskan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY