Cara Membuat Pembayaran Di Lazada Menggunakan Touch ‘n Go eWallet

Hujung bulan lalu, kerajaan telah mengumumkan inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA). Melaluinya, setiap pemohon yang layak akan menerima kredit RM50 ePENJANA.

Antara penyedia perkhidmatan e-Dompet yang terpilih bagi melaksanakan inisiatif ini adalah Touch ‘n Go eWallet. Mungkin ada antara anda yang masih belum menggunakan atau tidak tahu apa yang ingin dilakukan dengan kredit itu.

Anda sebenarnya boleh menggunakan kredit RM50 yang telah ditebus dengan membelanjakannya di Lazada. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menambah Touch ‘n Go eWallet sebagai pilihan bayaran. Tidak hanya khusus untuk kredit RM50, ia juga boleh digunakan untuk menikmati pelbagai tawaran yang disediakan dengan kerjasama dua perkhidmatan ini.

Oleh itu, di bawah ini kami sediakan beberapa langkah untuk membuat pembayaran di Lazada dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet.

Pembayaran menggunakan Touch 'n Go eWallet di Lazada


Masukkan barangan yang dikehendaki ke dalam troli atau cart. Seterusnya, tekan Check Out. Pastikan alamat penghantaran adalah betul dan tekan Place Order.

bayar lazada guna touch n go

 

Di bahagian cara pembayaran atau Payment methods, pilih Touch 'n Go eWallet dan tekan pada Topup and Pay untuk ke langkah seterusnya.



Pada bahagian ini, anda boleh memilih untuk menyimpan akaun TNG bagi penggunaan masa akan datang atau sebaliknya. Jika pilihan ini ditandakan, anda tidak lagi perlu mengisi semula maklumat akaun TNG setiap kali menggunakan pembayaran melalui Touch 'n Go eWallet. Setelah itu, tekan Pay Now.

bayar lazada guna touch n go

Anda akan dihalakan ke pautan Touch 'n Go dimana log masuk perlu dilakukan dengan mengisi nombor telefon dan pin 6-digit. Tekan Agree And Pay serta masukkan kod OTP yang dihantar ke nombor telefon anda untuk melengkapkan pembayaran melalui Touch 'n Go eWallet.

Tetapkan pilihan pembayaran




Setelah pembayaran berjaya dilakukan, maklumat akaun TNG anda telah berjaya disimpan untuk kegunaan akan datang. Anda juga boleh memadam semula akaun pembayaran tersebut pada bila-bila masa dengan menyunting tetapan di Account > My Service > Payment Options .