Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shopee Notification Wide

Cara Matikan Bunyi ‘Shopee!’ Di Telefon Pintar

Diterbitkan April 19, 2021 · Dikemas kini September 29, 2022 oleh Amsyar Latif

Penggunaan laman e-dagang seperti Shopee sudah mula mendapat tempat di kalangan pengguna di Malaysia.

Malah, setiap kali jualan atau promosi yang dilakukan setiap bulan, pasti rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk membelinya bagi mendapatkan harga murah di samping penghantaran percuma.

Walau bagaimanapun, satu perkara yang agak menjengkelkan atau tidak selesa adalah notifikasi “Shopee” yang dirasakan boleh mengganggu ketenteraman diri anda dan orang sekeliling.

Oleh itu, di sini kami kongsikan cara bagaimana untuk mematikan notifikasi tersebut di telefon pintar.

Bagi pengguna Android dan iOS, caranya sama sahaja. Oleh itu, ikuti langkah ini:

Pergi ke halaman profil dan klik pada settings (ikon gear)

shopee noti 1

Kemudian, pilih notification settings pada bahagian settings

Shopee Noti 2

Seterusnya, pilih Push Notifications dan matikannya

Shopee Noti 3
Shopee Noti 4

Walau bagaimanapun, jika anda pengguna iOS, anda turut boleh mematikan secara terus di Settings>Notifications>Shopee>off Allow Notifications.

Shopee Noti 5

Selesai, maka hidup anda kini lebih tenang dan tidak mengganggu orang lain dengan bunyi Shopee tersebut. Malah, anda juga ‘terselamat’ sedikit daripada melihat tawaran menarik yang mampu menggugat nafsu untuk membeli.

Itu sahaja yang dapat dikongsikan pada kali ini. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Berkaitan

  • Pengguna Android Sebenarnya Boleh Guna Google Pay Untuk 'Check-Out' Shopee
  • Cara Semak Berapa Banyak Anda Sudah Habiskan Di Shopee Selama Ini
  • Cara Ketahui Harga Sebenar Produk Di Shopee Dan Lazada Sebelum "Diskaun"

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY