Seperti yang diketahui, Shopee telah memperkenalkan Shopee Free Return melalui perkhidmatan kurier Poslaju dan J&T Express yang akan berkuatkuasa bermula 18 Januari 2021. Menerusinya, ia membolehkan pengguna menghantar kembali barang mereka kepada penjual tanpa dikenakan kos penghantaran.
Akan tetapi, harus diingatkan anda perlu mengembalikan barang kepada penjual dalam tempoh 5 hari selepas permintaan untuk pengembalian diluluskan.
Bagi anda yang belum tahu, berikut adalah beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk mengembalikan barang kepada penjual melalui J&T Express dan Poslaju.
Proses pengembalian menggunakan Poslaju
Untuk membuat pengembalian menggunakan Poslaju, anda perlu mencetak sendiri Label Pengembalian (Return Label).
Sebagai langkah, pergi ke Me > My Purchase > Return Refund > Pilih pesanan yang berkaitan. Tekan pada “Select Shipping Option” > Drop Off > Poslaju (Free Return) dan “Confirm”.
Selepas sahkan, pergi ke “View Instruction” di bahagian Return/Refund Details. Anda boleh memilih untuk mendapatkan Label Pengembalian melalui e-mel atau muat turun, dan cetak label tersebut.
Setelah selesai dicetak, anda boleh tampalkan label tersebut pada bungkusan pengembalian sebelum menghantarnya di mana-mana cawangan Poslaju terdekat.
Proses pengembalian menggunakan J&T Express
Jika anda memilih untuk tidak mencetak sendiri Label Pengembalian, pilihan yang ada adalah dengan melakukan proses pengembalian menggunakan J&T Express.
Sama seperti langkah pengembalian dengan Poslaju, pergi ke Me > My Purchase > Return Refund > Pilih pesanan yang berkaitan.
Kemudian, tekan pada “Select Shipping Option” > Drop Off > J&T Express (Free Return) dan sahkan. Selepas mengesahkan proses tersebut, anda boleh tekan pada “View Instructions” untuk melihat maklumat lebih lanjut.
Bawa bungkusan pengembalian ke mana-mana cawangan J&T Express terdekat, tunjukkan kod bar yang mengandungi nombor penjejakan (tracking) dan kakitangan J&T akan mengimbas kos tersebut.
Sebagai alternatif, anda juga boleh memberikan nombor penjejakan (boleh didapati di Return Details Page) kepada kakitangan J&T.
Akhir sekali, kakitangan J&T akan membantu untuk mencetak Airway Bill setelah mengimbas kod bar pada aplikasi pembeli dan menampalkan label tersebut pada bungkusan.
Setelah selesai proses pengembalian, penjual akan diberi tempoh 5 hari untuk memeriksa keadaan barang dan membuat keputusan mengenai kes pengembalian.
Semoga bermanfaat.