Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Hasilkan Kod QR MySejahtera Check-In

Cara Hasilkan Kod QR MySejahtera Check-In

Diterbitkan Ogos 4, 2020 oleh Amalina Athman

Semalam, kerajaan telah mengumumkan setiap premis adalah diwajibkan untuk mengguna aplikasi MySejahtera. Bagi anda yang belum maklum, pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, untuk mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera.

Kod QR ini bukan sahaja boleh digunakan untuk premis perniagaan, malah ia juga sesuai digunakan bagi majlis atau acara yang dijalankan. Ia lebih memudahkan kerana rekod daftar masuk tidak lagi perlu dilakukan secara manual.

Oleh itu, di bawah ini kami sediakan beberapa langkah mudah untuk menghasilkan kod QR MySejahtera Check-In.

Cara daftar kod QR MySejahtera Check-In

Untuk mendaftar MySejahtera Check-In, anda perlu melayari laman sesawang MySejahtera Check-In di mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin.

Cara Hasilkan Kod QR MySejahtera Check-In

Setelah itu, masukkan nombor telefon atau e-mel yang masih aktif dan tekan pada “Register”. Isi nombor pengesahan OTP atau tekan pada pautan (jika pendaftaran melalui e-mel) yang telah diterima dan tekan pada butang “Submit”.

Cara Hasilkan Kod QR MySejahtera Check-In

Kemudian, isi maklumat yang diperlukan seperti nama perniagaan/majlis, nama kontak, alamat, poskod dan negeri. Seterusnya, tekan butang “Submit”.

daftar qr kod mysejahtera

Akhir sekali, anda akan menerima janaan kod QR. Selain mencetak secara terus, anda juga boleh mengisi alamat e-mel untuk menerima kod QR tersebut dalam bentuk PDF.

Log Masuk MySejahtera Check-In

Untuk mengemaskini maklumat perniagaan, majlis dan sebagainya, log masuk MySejahtera Check-In melalui mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/signIn.

log masuk

Hanya perlu masukkan nombor telefon atau alamat e-mel yang telah didaftar dan tekan butang “Login”. Kemudian, masukkan nombor pengesahan OTP atau tekan pautan yang telah dihantar (jika pendaftaran melalui e-mel).

Selain mengemaskini maklumat premis/majlis, anda juga boleh melihat laporan, mencetak janaan kod QR dan mengemaskini kata laluan bagi pendaftaran yang telah dilakukan.

Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY