Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, penggunaan aplikasi MySejahtera akan diwartakan oleh Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.
[embed]https://twitter.com/MKNJPM/status/1290174672089145344[/embed]
Pengecualian aplikasi MySejahtera hanya akan diberikan kepada premis-premis di luar bandar yang tidak mempunyai liputan internet yang stabil. Bagi premis yang terlibat, kerajaan membenarkan rekod daftar masuk ditulis secara manual.
Terdahulu, aplikasi MySejahtera dibangunkan dengan tujuan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan yang cepat, tepat, dan berkesan. Ia bagi mengenal pasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat
Baru-baru ini, aplikasi tersebut turut dikemaskini dengan penambahan ciri baru iaitu "History" yang membolehkan pengguna melihat rekod daftar masuk setiap lokasi.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara
Berkaitan
- 1.4 Juta Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Melalui MySejahtera Tidak Memberikan Maklumat Lengkap
- Sistem Janji Temu MySejahtera Diperluas Kepada Perkhidmatan Pergigian
- MKN Memberi Penjelasan Berhubung Isu Imbas MySejahtera Di Stesen Minyak
- Aplikasi MySejahtera Kini Menunjukkan Langkah Pengesahan Pendaftaran Vaksin COVID-19
- Data Peribadi Pengguna MySejahtera Perlu Dihapuskan Selepas 6 Bulan PKP Tamat
- MKN Umum SOP Pembukaan Semula Ekonomi, Orang Ramai Digalakkan Daftar Aplikasi MySejahtera
- Cara Daftar Vaksinasi COVID-19 Pada Aplikasi MySejahtera
- Lebih 5 Juta Pendaftaran Telah Direkodkan Melalui MySejahtera
- Tempahan Janji Temu Kesihatan Kini Boleh Dilakukan Melalui Aplikasi MySejahtera
- Menteri Pengangkutan Malaysia - Penunggang P-Hailing Wajib Daftar Di Aplikasi MySejahtera