Cara Hantar Gambar Resolusi Tinggi Melalui WhatsApp

Buat pengetahuan anda semua, Malaysia merupakan negara pengguna WhatsApp tertinggi di dunia diikuti oleh Brazil dan Chile sepertimana yang telah dilaporkan dalam Digital News Report 2017.

Selain digunakan sebagai medium komunikasi peribadi, kebanyakkan daripada pengguna tempatan lebih gemar membuat urusan jual beli menggunakan aplikasi ini.

Ada juga diantara mereka-mereka yang terlibat dalam industri grafik mengalami sedikit kesukaran menghantar foto, kerana foto tersebut akan dimampatkan resolusinya menjadi kecil supaya dapat dihantar dengan pantas dan ia menyebabkan kualitinya berkurangan.

Menerusi kemaskini bulan Julai lalu, WhatsApp memperkenalkan sokongan menghantar sebarang jenis fail dengan saiz maksimum 100MB yang membolehkan pengguna menghantar fail lebih besar kepada pengguna yang lain. Walaupunbegitu, masih ada sesetengah daripada anda yang masih tidak tahu bagaimana menghantar foto berkualiti tinggi melalui aplikasi tersebut. Dibawah merupakan langkah mudah untuk melaksanakannya.

Kapsyen: Pertama sekali klik butang "klip"


 

Kapsyen: Pilih Document


Kapsyen: Senarai fail dan gambar akan terpapar, seeloknya anda rename dahulu foto supaya senang untuk dikenalpasti


 

Kapsyen: Oleh kerana saiznya yang besar, paparan hanya menunjukkan jenis format sahaja dan bukan thumbnail seperti yang selalu kita lihat


Jadi sekarang anda tidak perlu lagi merungut gambar yang dihantar tidak jelas.