Malaysia Merupakan Pengguna Tertinggi Aplikasi WhatsApp Dunia

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak, The Digital News Report 2017 melaporkan 51% pengguna internet di Malaysia menggunakan aplikasi pemesejan WhatsApp untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat.

Menurut laporan lagi, antara aplikasi lain yang popular di Malaysia adalah seperti Facebook (58%), YouTube (26%), WeChat (13%) and Instagram (13%).

Laporan tersebut juga menyatakan rakyat Malaysia mendapatkan berita melalui media sosial sebanyak (86%), bercetak (45%), TV (54%) dan radio (15%).  Peranti utama yang digunakan adalah telefon pintar (65%), komputer (45%), and tablets (18%).

"Pengguna kita kerap menggunakan WhatsApp kerana banyak kelebihannya.  Pertama, mudah dan cepat untuk berhubung dan berkongsi maklumat" Ujarnya.

"Kedua, perantaraan berkesan dalam sesebuah organisasi kerana setiap saat arahan atau makluman boleh dikirimkan tanpa batasan masa dan menjimatkan kos." Tambahnya lagi.

Beliau turut memetik tentang kepentingan aplikasi WhatsApp untuk peniaga dimana ianya dilihat memudahkan peniaga memperluaskan perniagaan masing-masing tanpa memerlukan kos yang tinggi.

Kajian lain yang dibuat oleh TNS Global juga mendapati Malaysia adalah negara terbanyak yang menggunakan WhatsApp dengan 77%, dikuti oleh Facebook Messenger dengan 41%.

Sumber