Cara Gunakan Mod Picture in Picture Pada iOS 14

Dalam kemaskini iOS 14 baru-baru ini, Apple telah menambah pelbagai ciri baharu. Antara yang disebut-sebut adalah ciri Picture in Picture. Ciri ini telah pun diperkenalkan pada iPad sejak 2015, namun hanya melalui kemaskini iOS 14 barulah Apple membawakannya pada iPhone.

Melalui ciri ini, ia membolehkan anda memainkan video sambil melayari aplikasi lain. Bagi anda yang belum tahu, di bawah ini kami sediakan beberapa langkah mudah untuk menggunakan mod PiP pada iPhone melalui kemaskini iOS 14.

AKtifkan mod Picture in Picture




Pada bahagian "Settings", pergi ke "General".



Kemudian, pilih "Picture in Picture" dan aktifkan "Start PiP Automatically".



Ciri ini boleh digunakan pada aplikasi Apple termasuk Apple TV, FaceTime dan lain-lain. PiP secara automatik akan dimulakan apabila anda ke Home Screen atau aplikasi lain.



Anda juga boleh meleret ke tepi apabila tidak digunakan dan leret ke tengah semula. Saiz PiP juga boleh diubah mengikut kesesuaian dan keselesaan.

Picture in Picture di Youtube



*Kemaskini: Mod PiP di Youtube web mudah alih melalui pelayar kini telah disekat. Sebagai alternatif lain, anda boleh memainkan video di Youtube pada pelayar dengan menetapkannya sebagai "Request Desktop Website"

Ciri baharu ini memerlukan sokongan daripada pembangun aplikasi. Pada masa ini, tiada sokongan mod Picture in Picture pada aplikasi Youtube walaupun melanggan Youtube Premium.



Sebagai alternatif, anda boleh melayari Youtube melalui Safari, Chrome atau mana-mana pelayar. Menerusinya, mainkan mana-mana video dan jadikannya dalam saiz penuh. Setelah itu, tekan pada butang PiP atau Home Screen untuk mengaktifkan mod ini. Kemudian, anda boleh melayari mana-mana aplikasi sambil menonton video Youtube.

Picture in Picture melalui pelayar


mod picture in picture iphone

Sama seperti Youtube, anda boleh memainkan mana-mana video yang menyokong mod PiP di pelayar Safari, Chrome atau lain-lain dan menggunakannya sambil melayari aplikasi lain.

Itu sahaja tips dari kami pada kali ini. Selamat mencuba.