Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Dapatkan Langganan Apple Music Dengan Harga Pelajar

Cara Dapatkan Langganan Apple Music Dengan Harga Pelajar

Diterbitkan Jun 24, 2020 oleh Amalina Athman

Apple Music merupakan perkhidmatan penstriman muzik yang ditawarkan Apple kepada para pengguna produk-produk keluaran Apple, Windows menerusi aplikasi iTunes dan juga pengguna peranti Android.

Untuk menggunakan Apple Music, pengguna diberikan tempoh percubaan antara 1 hingga 3 bulan. Setelah itu, langganan perlu dilakukan dengan bayaran RM14.90 secara bulanan.

Namun, jika anda adalah seorang pelajar, langganan bulanan boleh dinikmati dengan harga yang lebih murah iaitu RM6.90/sebulan. Untuk itu, di bawah ini kami sediakan cara untuk melanggan Apple Music dengan harga pelajar.

Cara Dapatkan Langganan Apple Music Dengan Harga Pelajar

Pertama, pergi ke aplikasi Apple Music dan klik “Choose Your Plan” pada tab “For You”.

Cara Dapatkan Langganan Apple Music Dengan Harga Pelajar

Kemudian, tekan pada “Verify Eligibility” dan anda akan dihalakan pada laman UNiDAYS. Pada bahagian ini, masukkan nama universiti dan alamat e-mel rasmi yang telah didaftarkan di univerisiti. Anda juga perlu memastikan e-mel yang dimasukkan masih aktif.

Cara Dapatkan Langganan Apple Music Dengan Harga Pelajar

Setelah itu, anda akan menerima e-mel pengesahan oleh UNiDAYS melalui alamat e-mel yang telah didaftarkan. Untuk melengkapkan pengesahan tersebut, tekan “Sahkan Status Pelajar”.

Cara Dapatkan Langganan Apple Music Dengan Harga Pelajar

Setelah pengesahan berjaya dilakukan, anda akan menerima langganan Apple Music dengan harga pelajar iaitu RM6.90 secara bulanan.

Bagi kaedah pembayaran, ia boleh dilakukan melalui Kad Debit/Kredit, telefon atau Touch ‘n Go eWallet. Untuk menguruskan kaedah pembayaran dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet, klik pada pautan ini.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY