Cara Bayar Pembelian Aplikasi Dari App Store Menggunakan Touch n' Go eWallet

Anda pengguna iOS? Dengan hanya beberapa langkah, anda boleh menjadikan Touch 'n Go eWallet sebagai pilihan kaedah pembayaran di App Store. Ia merupakan kaedah pembayaran tambahan yang sebelum ini cuma mempunyai dua pilihan iaitu debit atau kad kredit dan melalui bil telefon.

Sedia menyokong pembayaran melalui Touch 'n Go eWallet sejak April yang lalu, selain App Store ia turut digunakan di Apple Music dan iTunes bagi tujuan pembelian aplikasi, permainan, muzik, filem dan sebagainya.

Bagaimana untuk menggunakannya?

Menghubungkan akaun adalah sangat mudah dan anda boleh ikuti langkah-langkah bergambar berikut:

Log masuk dengan Touch ID, Apple ID atau kata Laluan anda dan pilih uruskan pembayaran.

Pilih tambah kaedah pembayaran. Kemudian, tekan "Touch 'n Go eWallet" dan pergi ke aplikasi Touch 'n Go eWallet untuk pengesahan.

Kod pengesahan SMS akan dihantar ke peranti anda,  kemudian tekan "Return to merchant" dan ia sedia untuk digunakan. Touch 'n Go eWallet akan dikreditkan setiap kali pembelian dilakukan pada peranti Apple yang dipautkan.

Itu sahaja perkongsian kami. Semoga bermanfaat.

 

Sumber: Touch 'n Go Ewallet

Berkaitan