Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Dapatkan Insentif RM30 Dengan Touch ‘n Go eWallet

Cara Dapatkan Insentif RM30 Dengan Touch ‘n Go eWallet

Diterbitkan Disember 23, 2019 oleh Wiser MY

Bermula 15 Januari ini, kerajaan akan mengedarkan insentif RM 30 melalui pelaksanaan e-Tunai Rakyat. Antara e-dompet yang terlibat dalam pelaksanaan ini adalah Touch ‘n Go eWallet, Boost dan GrabPay. Bagi anda yang belum mempunyai aplikasi Touch ‘n Go eWallet, di bawah ini kami sediakan cara mudah untuk memasang dan mendapatkan insentif tersebut.

Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet di Google Play atau App Store.

Cara Dapatkan Insentif RM30 Dengan Touch ‘n Go eWallet

Tekan “Create Account” pada halaman log masuk. Kemudian masukkan nombor telefon anda dan kod OTP yang dihantar kepada anda. Seterusnya masukkan pin 6 digit dan soalan keselamatan. Akhir sekali, isi maklumat peribadi dan akaun e-dompet anda berjaya didaftar.

Screenshot (49)

Untuk mengesahkan akaun e-dompet pula, klik pada “Verify Account Now” di halaman profil anda. Diikuti dengan ambil gambar kad pengenalan melalui aplikasi tersebut. Langkah seterusnya, ambil gambar swafoto serta tekan “Let’s Go” dan akaun anda akan disahkan dalam tempoh 48 jam.

Cara Dapatkan Insentif RM30 Dengan Touch ‘n Go eWallet

Setelah semua langkah tersebut telah dibuat, anda boleh tebus RM 30 dan ganjaran eksklusif lain mulai 15 Januari 2020.

Sumber: Touch ‘n Go eWallet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY