Cara-Cara Sambungan Samsung Gear S3 Dan S2 Ke iPhone

Berita baik buat pengguna iPhone kerana telefon pintar itu kini serasi digunakan dengan jam tangan pintar Samsung Gear S2, S3 dan juga Gear Fit2. Sambungan boleh dibuat dengan syarat iPhone yang digunakan mestilah dari model iPhone 5 dan keatas serta beroperasi menggunakan sekurang-kurangnya iOS 9.0.

Cara-cara sambungan

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memuat turun aplikasi Samsung Gear S di App Store secara percuma. Selesai muat turun, sentuh untuk masuk ke dalam aplikasi. Dalam masa yang sama hidupkan jam tangan pintar Samsung Gear dan cari jam tangan pintar itu di dalam aplikasi yang anda muat turun tadi.

Jam tangan anda akan muncul di dalam aplikasi telefon pintar, sentuh dan pastikan nombor yang dipaparkan di kedua-dua skrin jam tangan pintar serta iPhone sepadan sebelum mengesahkan sambungan. Selepas itu terdapat langkah-langkah asas seperti mempersetujui terma dan syarat.

Tidak seperti aplikasi di Android, untuk membolehkan anda menggunakan fungsi membuat serta menerima panggilan anda perlu pergi ke tetapan iPhone dan menyambungkan ia ke Gear S secara manual menerusi bluetooth.

Ok, selesai langkah-langkah diatas anda bolehlah menggunakan Samsung Gear untuk melihat statistik kecergasan serta aktiviti anda. Paparan skrin pertama terbahagi kepada dua bahagian; info dan tetapan. Terdapat sedikit kekurangan jika dibandingkan dengan versi Android dimana tidak terdapat pautan untuk aplikasi pihak ketiga seperti Strava dan Runkeeper.

Mungkin kemaskini akan datang dapat menyelesaikan masalah diatas dan menambah baik fungsi setanding dengan versi Android.

Sumber: Pocket-lint