Cara Aktifkan Mod Picture-In-Picture Google Chrome Untuk Tonton Video Sambil Layari Tab Lain

Google Chrome sememangnya sudah ada mini-player untuk memainkan video. Namun fungsi itu hanya mengecilkan video dan memainkannya dalam tab pelayar itu sahaja. Jika anda beralih kepada tab yang lain, video itu tidak kelihatan lagi, hanya bunyi dan suara sahaja yang kedengaran.

Ini berbeza dengan mod picture-in-picture (PIP) yang masih boleh membenarkan pengguna untuk tonton video walaupun sudah beralih kepada tab yang berlainan. Terdapat 2 cara untuk mengaktikan mod PIP dalam Google Chrome.

Cara Pertama

  • Klik kanan dalam video yang sedang dimainkan. Namun, untuk sesetengah kes, ia memerlukan dua kali klik.

  •  YouTube contohnya, anda perlu klik sebanyak dua kali. Klik kali pertama membawa anda ke menu YouTube, manakala klik yang kedua akan membuka menu Chrome. Yang ini menu yang betul.

  • Dalam menu YouTube tersebut, anda akan melihat pilihan "Picture in picture".

  • Klik pada pilihan menu ini dan video akan dikecilkan menjadi tetingkap di sudut skrin.

  • Anda boleh menggerakkannya ataupun membesarkan saiznya dengan bebas.


Kapsyen: Video dalam mod PIP


Cara Kedua

Kapsyen: Extension Picture-in-Picture


  • Semasa mana-mana video dimainkan, klik logo extension ini pada bahagian kanan atas Chrome.

  • Sama seperti kaedah pertama, video juga bebas digerakkan dan juga dibesarkan saiznya.


Kelemahan


Terdapat beberapa kelemahan utama mod PIP terbina Chrome ini, yang pertamanya anda cuma boleh berhentikan video dan juga kembalikan saiznya kepada asal. Video juga tidak mempunyai bar progress, kapsyen, dan juga kawalan suara. Tetapi yang penting adalah ia tetap membenarkan anda untuk menonton video sambil melayari tab yang lain.

Kapsyen: Hanya boleh berhentikan dan besarkan kembali video sahaja


Selamat mencuba!

Kredit tutorial: TheNextWeb

 

Berkaitan