Umrah Bersama Ikhlas, Pakej Harga Mesra Poket Tapi Servis 5 Bintang

Pada Oktober yang lalu, Capital A melancarkan sebuah platform baharu yang mesra muslim buat rakyat tempatan dimana ia digelar sebagai Ikhlas.

Melaluinya, umat Islam khususnya di Malaysia dapat melancong ke luar negara dengan lebih tenang serta tanpa ada rasa ragu-ragu memandangkan Ikhlas sendiri sebuah syarikat di bawah naungan AirAsia.

Perkara ini disahkan sendiri pihak Ikhlas yang mana mereka umpama sebuah Jabatan Islamik AirAsia. Menerusi Ikhlas, anda bukan sahaja dapat menunaikan umrah, tetapi juga dapat melancong ke negara lain misalnya Korea Selatan yang mana pakej serendah RM3790.

Umrah Bersama Ikhlas, Pakej Mampu Milik Tapi Servis Premium


Seperti yang anda baca pada tajuk, di sini saya ingin berkongsi pengalaman pertama menunaikan umrah bersama Ikhlas. Pertama sekali, kami di pihak Wiser.MY berbesar hati kerana menerima jemputan daripada pihak Ikhlas yang memberi peluang untuk menjalani ibadah umrah bersama mereka.

Dari pihak Wiser.MY, saudara Afiq dan saya sendiri mengikut jemaah umrah Ikhlas selama 9 hari 7 malam bermula 16 November sehingga 23 November 2022 baru-baru ini. Penerbangan pertama ini mengambil tempat dari KLIA2 yang mana pesawat AirAsia X membawa terus jemaah ke Jeddah.

Tempoh perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Jeddah mengambil masa kira-kira 9 jam. Sebaik tiba di lapangan terbang Jeddah, kami terus menaiki bas untuk ke kota Madinah yang mana tempoh perjalanan adalah sekitar 5 hingga 6 jam.

Kapsyen: Selain bagasi saiz XL, sling bag juga diberikan


Jika anda tertanya-tanya, perjalanan sememangnya agak memenatkan tetapi bab makan minum semuanya terjaga. Di dalam bas semasa perjalanan ke Madinah juga disediakan makanan dan minuman. Malah, bas-bas yang ada di Arab Saudi kini dilengkapi tandas.

Setibanya di Madinah, saya menginap di hotel 3 bintang Durrat Al Eiman. Jarak hotel penginapan ke masjid Nabawi adalah sekitar 150 meter sahaja. Tidaklah terlalu dekat dan tidaklah terlalu jauh. Saya pasti, anda tidak terasa jauh sangat untuk ke masjid memandangkan kota Madinah ini sangatlah meriah.



3 hari di Madinah bagi saya terasa amat singkat dan padat. Mengapa?

Ini kerana, dalam tempoh itu terdapat banyak lokasi bersejarah yang saya ziarah. Mutawwif yang berpengalaman juga sering berkongsikan kisah-kisah dakwah nabi Muhammad S.A.W sepanjang perjalanan dari Jeddah hinggalah ke Mekah kembali.





Tambahan lagi, ada lokasi yang sebenarnya tidak termasuk di dalam pakej tetapi mempunyai permintaan jemaah umrah juga dibawa. Sebagai contoh, Jabal Malaikat yang terletak di Badar. Sebuah bandar yang kira-kira 2 jam daripada Madinah. Kos ke sini juga hanyalah tambahan 50 riyal (~RM60) sahaja tetapi pihak Ikhlas tetap membawa jemaah untuk makan nasi arab di kawasan Badar.



Lokasi wajib lain di Madinah semestinya masjid pertama dibina, iaitu masjid Quba. Selain itu, jangan segan silu untuk bertanya kepada Mutawwif untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan sejarah Islam mahupun tempat membeli-belah. Ini kerana pihak Ikhlas cukup berpengalaman di kota ini.





Selesai ziarah selama 3 hari di Madinah, jemaah bakal menerima taklimat akhir sebelum berangkat ke Mekah bagi persediaan umrah pertama.

Jangan risau kalau anda baru pertama kali untuk menunaikan umrah seperti saya kerana segala kemusykilan boleh ditanya terus Mutawwif atau pihak Ikhlas.

Bahkan lebih menarik, Ikhlas sendiri mempunyai sebuah aplikasi yang diberi nama Ikhlas. Menerusi aplikasi tersebut, bukan sahaja memaparkan waktu solat, tetapi juga hadir dengan panduan menunaikan Umrah.

Selesai 'urusan' di Madinah, saya dan jemaah lain terus ke Mekah untuk menunaikan Umrah pertama. Hotel Shaza menjadi tempat penginapan kami selama 4 hari 3 malam. Ia merupakan hotel bertaraf 5 bintang dan jarak antara hotel dan masjidil haram adalah sekitar 300 meter. Memang cukup selesa dengan pilihan makanan lebih banyak.



Walaupun baru pertama kali menunaikan umrah, tetapi tidak ada perasaan kekok pun. Seperti saya nyatakan awal tadi, aplikasi Ikhlas memang banyak membantu.
Inilah perbezaan menunaikan umrah bersama Ikhlas berbanding agensi lain dimana aplikasi dalam telefon pintar lebih memudahkan. Seiring dengan peredaran zaman, kemudahan peranti dilihat amat membantu jika nak dibandingkan dengan membawa buku panduan.



Sekiranya jemaah mempunyai masalah ketika hendak menggunakan aplikasi seperti line internet kurang memuaskan, pihak Ikhlas ada juga menghantar fail ke dalam kumpulan perbualan di WhatsApp.

Panduan Umrah dalam aplikasi Ikhlas ini bagi saya cukup ringkas, lengkap dan mudah difahami. Ia termasuk daripada sebelum memakai ihram sehinggalah selesai umrah, iaitu bertahallul.



Seperti di Madinah, ada juga rezeki lain yang tidak diduga buat saya dan jemaah lain. Ini kerana, kami turut dibawa ke Taif, sebuah bandar yang kira-kira 90km dari kota Mekah. Kawasan ini saya boleh gambarkan ibarat tanah tinggi Cameron mahupun Kundasang, Sabah. Cuacanya memang sejuk dan suhu sekitar 21°C semasa saya di sini. Ia boleh sejuk lagi daripada itu sekiranya anda berkunjung semasa musim sejuk.





Sebenarnya, jarang sekali pakej Umrah menawarkan lawatan ke Taif dan mungkin ini adalah rezeki saya serta jemaah lain. Secara tidak langsung, para jemaah turut berpeluang untuk menunaikan Umrah ketiga kerana dapat bermiqat di Qarnul Manazil.

Ada 'Sinar' Buat Aplikasi Ikhlas


Jujur saya katakan, sepanjang saya di destinasi Haramain, kerap sekali saya menggunakan aplikasi Ikhlas. Bagi anda yang belum memuat turunnya, bolehlah memasang ke dalam peranti menerusi App Store dan Play Store.

Aplikasi ini tidak terhad untuk menjalankan ibadah Umrah sahaja, ia turut menawarkan perkhidmatan zakat, waktu solat, Al-Quran, arah kiblat, sedekah dan lain-lain.

Memandangkan Ikhlas adalah anak syarikat Capital A (AirAsia), setiap aktiviti anda di sini seperti bersedekah, bakal diberi ganjaran AirAsia points.



Cumanya, saya dapat mengenalpasti bahawa banyak lagi penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam aplikasi ini. Misalnya penambahan doa-doa yang boleh diamalkan, zikir-zikir, tasbih, mathurat, lokasi masjid serta lokasi kedai makan halal.

Ini adalah berdasarkan pengalaman saya menggunakan aplikasi Islamik lain seperti Muslim Pro, Iman Pro dan Qalby. Ciri-ciri tersebut bakal 'memeriahkan' lagi aplikasi Ikhlas dan pasti membantu pengguna dalam kehidupan seharian. Bagi saya, agak rugi kalau aplikasi sebegini tidak menawarkan lebih banyak fungsi.

Pelbagai Lapisan Umur Kini Mampu Mengerjakan Umrah, Mahupun Melancong




Jika anda ingin mendapatkan pakej Umrah juga boleh dibuat terus melalui aplikasi ini. Pakej seperti saya ini adalah serendah RM5990 yang dipanggil Umrah Lite. Ada juga Umrah Jejak Rasul selama 12 hari 10 malam yang bermula RM6990. Bagi wanita di luar sana, turut ditawarkan Umrah Hawa selama 13 hari 11 malam yang mana harga bermula RM7390.

Pada pendapat peribadi, pakej yang ditawarkan amatlah mampu milik dan berbaloi. Saya juga pernah membuat tinjauan dan menjawab beberapa pertanyaan rakan-rakan, mereka bersetuju dengan saya kerana harganya mesra poket.

Sekiranya dahulu, bila kita berbicara tentang ibadah umrah, pasti dalam kepala sudah terfikir bahawa golongan berusia sahaja sesuai untuk pergi.

Namun sebenarnya, saya berasakan ibadah umrah amat sesuai dilakukan bagi golongan seperti saya, iaitu individu sekitar umur 20-an.

Apabila anda sudah selesai melakukan ibadah Umrah, jangan risau, Ikhlas turut menawarkan pakej melancong ke Korea Selatan. Buat masa sekarang, hanya Korea Selatan ditawarkan terlebih dahulu.

Pada masa akan datang, Ikhlas bakal menawarkan lebih banyak destinasi pelancongan termasuk negara Islam lain. Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas sendiri pun sudah merancang untuk membuka ruang ke destinasi negara Islam lain yang mungkin anda sendiri pun tidak pernah terfikir. Ini kerana, beliau berpendapat ada banyak lagi negara menarik yang boleh diteroka dan pada masa sama masih mampu milik.

{suggest}

Berkaitan