Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 1_Canon Marketing Malaysia_WG7700 Series Launch

Canon Lancar Pencetak Inkjet Bisnes A3, Cetakan Lebih Berkualiti Serta Jimat Tenaga

Diterbitkan Oktober 31, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pencetak merupakan salah satu perkakasan penting didalam sesebuah perniagaan. Kini menambah pilihan model-model sedia ada, Canon Marketing Malaysia telah memperkenalkan Canon WG7740 dan WG7750F yang berupaya mencetak sehingga 80 halaman setiap minit.

Photo 2_Canon Marketing Malaysia_WG7700 Series Launch

Menurut Pengarah Kanan Pusat Penyelesaian Pengimejan Perniagaan Canon Marketing
Malaysia, Masato Yoshie menyatakan rangkaian Canon WG7700 merupakan model paling sempurna untuk syarikat atau organisasi iaitu dari perniagaan kecil sehingga sederhana.

Canon Lancar Pencetak Inkjet Bisnes A3, Cetakan Lebih Berkualiti Serta Jimat Tenaga

Cetakan lebih pantas serta dapat mengurangkan keperluan penyelenggaraan, pencetak terbaru ini turut dilengkapi dengan kepala cetak sebaris baharu dan teknologi dakwat cepat kering yang seterusnya menawarkan kestabilan titisan dakwat serta kualiti imej yang tinggi.

Photo 1 – WG7700
Photo 3 – WG7700

Masalah dakwat tersumbat juga boleh diatasi dengan teknologi peredaran dakwat nozel dalaman baharu yang dapat mengekalkan ketumpatan dalam kepala cetak serta menstabilkan pancutan dakwat.

Selain itu, WG770 juga amat efisien dalam penggunaan kuasa, dimana semua operasi seperti salinan, cetakan atau mod siap sedia menggunakan kuasa yang rendah, tidak seperti pencetak laser atau LED yang memerlukan pemanasan elemen fuser.

Untuk pertanyaan mengenai jualan, anda boleh hantarkan e-mel kepada Canon Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY