Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
call of duty

Call Of Duty: Mobile Mula Program Beta Tertutup Untuk Pengguna Di Malaysia, Ini Cara Untuk Sertainya

Diterbitkan September 10, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sekitar bulan Julai yang lalu, telah membuka pra-pendaftaran bagi permainan mudah alih Call of Duty: Mobile untuk peminat di Malaysia. Kini menyusulinya pula adalah program Beta Tertutup pula dibuka bertujuan memberi peluang kepada pemain di rantau Asia Tenggara mengujinya terlebih dahulu sebelum ditawarkan secara rasmi pada Google Play Store dan App Store.

Bagi anda yang berminat untuk turut serta dalam program Beta tertutup Call of Duty: Mobile ini boleh mendaftar pada laman pra-pendaftaran rasmi ini.

CODM Closed Beta

Pendaftaran yang dibuat mestilah menggunakan alamat e-mel sama yang dipautkan pada App Store atau Google Play Store. Slot penyertaan adalah terhad dan pengguna akan dipilih secara rawak untuk tempoh ujian ini.

Sekiranya terpilih, e-mel pengesahan akan dihantar pada e-mel anda setelah tempoh  pendaftaran Beta Tertutup ini tamat. Dalam versi Beta Tertutup ini, permainan akan menawarkan Team Deathmatch, Search & Destroy, Domination serta Battle Royale dan ia tidak mencerminkan versi akhir aplikasi dimana penambahbaikan mungkin diberikan setelah ujian Beta Tertutup ini tamat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY