Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Caj Transaksi DuitNow QR Tidak Bebankan Golongan Pendapatan Rendah – PM

Caj Transaksi DuitNow QR Tidak Bebankan Golongan Pendapatan Rendah – PM

Diterbitkan September 29, 2023 · Dikemas kini September 29, 2023 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit tidak membebankan golongan berpendapatan rendah di negara ini.

Berkaitan

  • Transaksi Melalui Kod QR Rakan Setara Sahaja Akan Dikenakan Caj RM0.50 - PayNet
  • Maybank: Tiada Caj DuitNow QR Dikenakan Kepada Peniaga Buat Masa Ini

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah bertemu dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour semalam untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

Menurut Anwar, beliau diberitahu yuran transaksi berkenaan tidak akan dikenakan kepada golongan berpendapatan rendah dan sekali gus tidak akan membebankan mereka.

Terdahulu, PayNet mengesahkan pengenaan yuran transaksi kepada vendor untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Namun, yuran 50 sen akan dikenakan untuk urus niaga melebihi RM5,000 melibatkan pemindahan dana rakan setara (peer-to-peer) daripada QR peribadi ke QR peribadi lain, bukan pembayaran kepada peniaga.

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: AWANI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY