Bumi Berputar Semakin Pantas, Saintis Mahukan 1 Minit Ditukar Kepada 59 Saat

Saintis mendapati masa putaran bumi kini semakin pantas dari sebelumnya.


Ahli saintis telah mencadangkan untuk memendekkan masa sebanyak 1 saat iaitu dengan menukarkan masa 1 minit kepada 59 saat.

Cadangan itu dibuat selepas data yang diperolehi mereka menunjukkan masa putaran 24 jam bumi semakin pantas sekaligus mempengaruhi masa harian.

It is certainly correct that the Earth is spinning faster now than at any time in the last 50 years,” Peter Whibberley, penyelidik kanan di Makmal Fizikal Kebangsaan.

Menurut laporan oleh New York Post berdasarkan kepada laporan The Telegraph, jam atomik yang mengira detik masa paling tepat di dunia merekodkan jumlah masa 23 jam, 59 minit dan 59.9998927 saat sahaja pada hari Ahad lalu.

Sebagai perbandingan, rekod masa kurang dari 24 jam pada tahun 2020 adalah sebanyak 28 kali lebih banyak berbanding tahun 2005 dahulu.

Malah dijangkakan pada tahun 2021 ini masa dijangka akan menjadi 19 milisaat lebih cepat dari biasa dengan kadar masa purata defisit harian adalah sebanyak 0.5 milisaat.

Berikutan itu, organisasi antarabangsa bertanggungjawab menetapkan masa dunia yang berpangkalan di Paris, Perancis telah bercadang untuk  mengemukakan cadangan kepada para pemimpin utama dunia untuk menukarkan masa 1 minit kepada 59 saat.

Walaubagaimanapun, terdapat pihak yang tidak setuju dengan cadangan tersebut kerana ia akan menambah kekeliruan masa terhadap penduduk dunia.

Keputusan untuk memendekkan masa itu dijangka akan dibuat dalam Persidangan Radikomunikasi Dunia yang akan berlangsung pada tahun 2023 nanti.

Sumber: NY Post