Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ooops, Microsoft Tersalah Hantar Versi Kemas Kini Kepada Pengguna Windows 10

Facebook MCMC Diserang Netizen Kerana ‘Post’ Tip Rangkaian Bermasalah

Diterbitkan Januari 14, 2022 · Dikemas kini Januari 14, 2022 oleh ariff bukhari

Sejak 2 hari lalu, akaun Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah dihujani dengan komen-komen negatif warganet selepas mereka berkongsikan satu tip peranti kepada pengguna.

Tip tersebut berkaitan dengan cara mengatasi masalah rangkaian.

Tip Kawalan Kendiri CFM
“Restart” peranti anda terlebih dahulu sekiranya anda mengalami masalah rangkaian.

tips cfm
Kredit: MCMC 

Ekoran perkongsian itu, netizen telah melemparkan komen-komen negatif kepada pihak MCMC.

Antara komen negatif yang diberikan adalah “Restart sampai koma pun tak berbaloi selagi talian 4G masih ke laut…kasihan pengguna, tambahan penduduk yg berada di pendalaman…..mereka pakai talian bayar tunai bukan hutang, tapi tiada kesempurnaan ibarat talian kayangan sepertimana diiklankan.” Tulis seorang pengguna.

“Telefon jugak yg kena fitnah sbb x restart” komen seorang lagi pengguna di ruang komen Facebook MCMC.

Sebelum ini, saudara Meor Hasyim dari Wiser telah pun menerangkan mengapa anda perlu hidupkan semula (restart) telefon pintar.

Beliau menerangkan, restart telefon pintar adalah penting bagi memastikan prestasi telefon pintar kekal lancar dan beroperasi pada tahap terbaiknya.

Ini kerana dengan melakukan proses restart, ia akan mengembalikan semula memori peranti, mengelakkan sistem operasi peranti pintar tergantung (hang), peranti beroperasi lebih lancar serta berupaya memanjangkan jangka hayat bateri peranti pintar anda.

Berkenaan dengan berapa kali pula peranti pintar perlu di restart, tiada aras piawaian yang ditetapkan berapa kali anda perlu lakukannya kerana telefon pintar digunakan setiap hari dan ‘tanpa henti’.

Namun sebagai norma, anda digalakkan untuk menghidupkan semula telefon pintar anda sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY